(VIDEO) Artis dakwa Iman Tak Kuat Sebab tu Buka Tudung: Ini jawapan power Ust Azhar Idrus

Posted on

ISU artis yang membuka hijab kebelakangan ini menjadi perbahasan hangat banyak pihak termasuklah netizen.

Selepas video mendakwa pelakon Fathia Latif dilihat tidak berhijab tular, baru-baru ini, kecoh pula mengenai pelakon Emma Maembong yang nekad membuka tudung selepas lima tahun berhijrah.
Perkara ini dilihat bukan hanya memberi kesan kepada individu itu tetapi mungkin juga mengganggu perjalanan promosi sesebuah drama atau filem lakonan mereka.

Malah, tidak mustahil peminat atau netizen me­ngambil pendekatan memboikot drama lakonan mereka disebabkan kecewa dengan apa yang berlaku.

Ini secara tidak langsung memberi kesan buruk kepada produksi yang menerbit­kan drama lakonan artis itu.
Isu ini juga menjadi heboh kerana ada dalam kalangan netizen dan peminat yang sebelum ini sangat menghormati dan meminati artis tersebut tapi terkejut dan kecewa bukan sekadar artis tersebut membuang tudung kembali free hair bahkan sudah berani membuka aurat dengan mngenakan seluar pendek dan baju mendedahkan sosok badan; berbeza dengan penampilan sebelum ini.

KOMEN USTAZ AZHAR IDRUS

Bukan setakat netizen yang heboh membuat spekulasi terhadap fenomena tersebut, bahkan semua lapisan masyarakat juga tidak henti-hnti membicarakannya.
Antaranya golongan pendakwah dan ustaz-ustaz. Bagi mereka keadaan ini adalah tidak sihat memandangkan ia adalah perubahan daripada baik menjadi tidak baik. Berbeza dengan artis senior yang kebanyakannya asal tidak bertudung kemudiannya membuat keputusan untuk bertudung. Perubahan baik ini sebenarnya secara langsung dan tidak langsung memberi impak dan tauladan yang baik kepada peminat. Bahkan barangsiapa yang membuat kebaikan dan mendorong orang lain membuat kebaikan, maka ganjaran pahala untuknya.

Salah seorang selebriti pendakwah terkenal tanah air, Ustaz Azhar Idrus turut mengulas perkara yang sama.
Beliau mengulas tentang sikap artis yang asalnya bertudung tetapi kemudiannya membuat keputusan untuk kembali free hair . Alasan yang dikemukakan adalah kerana “…Iman saya belum kuat, maka saya perlu buka tudung…”

SILA TONTON VIDEO BERIKUT
Ekoran daripada persoalan itu. Nah ini jawapan power dan deep daripada Ustaz Azhar Idrus:

Ikut Allah, Jangan Ikut Artis – UAI

Carian Ke Post Ini:

  • spreadyoh
  • steadycne

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.