(VIDEO) Gara-gara tweet kat Sufian, Elfira Loy “[email protected]” Netizen

Posted on

KUALA LUMPUR: Lagu Haram ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam tadi.
Menjulang trofi dalam saingan yang disifatkan cukup sengit, lagu yang dendangan Hael dan Dayang Nurfaizah itu melayakkan Haram membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi.

Naib juara dimenangi lagu Bunga dendangan Ara Johari yang meriah hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi. Tempat ketiga disandang lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar yang menawarkan ganjaran wang tunai RM20,000 dan trofi.
Misha meraih kemenangan berganda apabila memenangi trofi Vokal Terbaik manakala Persembahan Terbaik diraih Sufian Suhaimi dengan lagu Di Matamu. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.
Lagu lain yang bersaing di pentas AJL 33 adalah Semakin (Siti Sarah); Kau Pun Sama (Syamel) dan Luluh (Khai Bahar).

Berikut Keputusan AJL:

Juara: Haram – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
Naib Juara: Bunga – Ara Johari
Tempat ketiga: Sampai Bila – Misha Omar
Vokal Terbaik: Misha Omar
Persembahan Terbaik: Sufian Suhaimi

SUFIAN SUHAIMI PALING MENCURI TUMPUAN

Meskipun tidak dinobat sebagai Juara pada AJL kali ini, Sufian Suhaimi walaubagaimana pun menarik tumpuan pada kali ini. Mempertaruhkan lagu Di Matamu, persembahannya disifatkan sangat dramatik dan emosional dalam kalangan hadirin. Hal ini disebabkan kisah lagunya seolah-olah menggambarkan kisah duka dirinya; yang terkait dengan bekas tunangnya, Elfira Loy yang kini sudah mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihannya.
Paling mengharukan ialah Elfira yang kini bersama suami di Tanah Suci Mekah sempat mengucapkan selamat maju jaya kepada Sufian melalui akaun twitternya.
Dalam ciapan tersebut, Elfira mendoakan kejayaan Suhaimi di pentas AJL 33. “…semoga dengan kemenangan awak, derita dan cerita awak akan habis…”, sambungnya lagi.

Tweet Elfira Kepada Sufian

RESPONS NETIZEN TERHADAP TWEET ELFIRA

Ada dalam kalangan menganggap tindakan spontan Elfira ‘wish’ terhadap Sufian sebagai tindakan profesional dan terpuji. Walaubagaimanapun, netizen dan follower tidak senang dengan tindakan ELfira tersebut. Bahkan kebanyakan daripada mereka berpendirian kritikal terhadap tweet Elfira. Tidak kurang juga yang menganggap ucapan Elfira sebagai sinis dan berlepas tangan atas tindakannya yang lalu.

Berikut adalah komentar netizen yang sempat dirakam;

KOMEN 1

KOMEN 2

KOMEN 3

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa Sufian Suhaimi dan kebanyakan daripada mereka telah “[email protected]” tweet Elfira.

(VIDEO) Berikut adalah komen-komen netizen terhadap tweet ELfira tersebut.

Bertabahlah Elfira yaa….Semoga mendapat umrah yang mabrur.Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.