Video Ini Sebagai Pengajaran, Ibu & Bapa Cuai Anak Terima Padah !

Posted on

berapa ramai hari ini yang sentiasa pantau anak-anak semasa keluar bersama mereka sepenuhnya? cuba tanya dengan diri sendiri adakah kita juga sering leka dengan smartfon dan biarkan anak bermain sendirian? tolonglah berubah wahai ibu bapa sekelian!

ABAIKAN ANAK DI SHOPPING MALL

penulis ingin kongsikan kisah di mata sendiri ketika berada di shopping mall ibu sibuk membeli belah hingga tak sedar anak merayau rayau ayah pula leka dengan smartfon si anak yang kecil berlari-lari jauh dari pandangan mereka dan jatuh hingga berdarah hidung

inilah sikap ibu bapa moden hari ini smartfon lebih bernilai dari nyawa seorang anak. Tak salah jika ini melihat smartfon tetapi biarkan bertempat di bawah sebuah video ringkas sebagai pengajaran ibu bapa.

AWAS KEPADA IBU DAN AYAH YANG CUAI ANDA BOLEH DIDAKWA IKUTI ARTIKEL DIBAWAH KERANA KECUAIAN ANAK MATI IBU & BAPA PULA DIKENAKAN DENDA RM25,000

KUALA LUMPUR: “Anak adalah anugerah Tuhan, apa saja masalah, anak bukan tempat untuk kamu lepaskan geram.

“Kamu sepatutnya bertanggungjawab, ramai orang mahukan anak tetapi tidak dapat memiliki anak. Saya memandang serius kesalahan ini,” kata Hakim Suraiya Mustafa Kamal terhadap sepasang suami isteri di Mahkamah Sesyen Ampang, hari ini.

Beliau kemudian menjatuhkan hukuman denda RM25,000 terhadap suri rumah Nor Zuliana Tahir, 34, selepas dia mengaku bersalah melakukan pengabaian dan dengan cuai menyebabkan kematian anak kandungnya Muhammad Akhil Mustaqim Rasidy pada 2014.

Bagi pertuduhan mengabaikan anaknya, Nor Zuliana yang mempunyai tujuh anak dan kini sarat mengandung lapan bulan, didenda RM15,000 dan RM10,000 bagi satu lagi pertuduhan iaitu dengan cuai menyebabkan kematian anaknya.

Suaminya, Zuhairi Kassim, 40, pemandu teksi, didenda RM15,000 atas pertuduhan bersama-sama melakukan pengabaian terhadap Akhil Mustaqim, yang merupakan anak tirinya.

Bagi pertuduhan melakukan pengabaian, mahkamah memerintahkan pasangan itu dipenjarakan 15 bulan jika gagal membayar denda manakala bagi pertuduhan dengan cuai menyebabkan kematian, Nor Zuliana diperintahkan menjalani hukuman penjara 10 bulan jika gagal membayar denda.

Mereka menukar pengakuan kepada bersalah hari ini, yang ditetapkan untuk mereka membela diri.

Sebelum ini, pasangan itu mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu di Pangsapuri Permai Ria, Tasik Permai, Ampang pada 12.30 tengah hari 23 hingga 26 Mei 2014.

Bagi kesalahan melakukan pengabaian, pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan cuai menyebabkan kematian, Nor Zuliana didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda.

Bagaimanapun, mahkamah meminda pertuduhan daripada Seksyen 304 (a) kepada Seksyen 304A yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Fadzlin Zawawi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan itu serius malah, melibatkan anak kandung sendiri.

Peguam Ariff Amirul Abdul Jani, yang mewakili kedua-dua tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda saja dengan alasan Nor Zuliana sedang mengandung lapan bulan manakala Zuhairi perlu menjalani pembedahan jantung.

Terdahulu, Nor Fadzlin memaklumkan seramai 13 saksi pendakwaan dipanggil sepanjang perbicaraan dan akan memfailkan rayuan terhadap hukuman itu ke Mahkamah Tinggi.

VIDEO PENUH :

Video from : Viral Jer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.