(VIDEO) Ramai Menangis Saat Siti Nurhaliza ‘Surprise’ Peminatnya Yang Lumpuh

Posted on

Siti Nurhaliza bukan satu nama asing dalam dunia muzik dan lakonan.
Pengaruh yang dicipta penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Siti Nurhaliza bukan sahaja membuatkan dirinya diminati di Malaysia, malahan melangkaui Singapura, Brunei dan negara seberang, Indonesia.

Disamping mempunyai paras rupa yang menarik; Siti juga terkenal dengan vokal dan suara yang sangat bagus sehingga diminati bukan sahaja peminat biasa malah daripada rakan artis dan penyanyi sendiri yang kagum dengan bakatnya.

KEJUTAN BUAT PEMINATNYA YANG SAKIT KRONIK

Kisah sayu seorang peminat Siti dari negara itu yang menghidap polio dan sangat teringin bertentang mata dengan idolanya mendapat perhatian stesen TV Trans 7. Pertemuan menyentuh hati wanita bernama Khusnul Khotimah dengan Siti Nurhaliza dirakamkan dalam bual bicara Hitam Putih; sebuah rancangan TV terkemuka Indonesia iaitu Trans7.

22 Tahun Pendam Hasrat, Siti Nurhaliza Membuat Surprise Terhadap Peminat Indonesia Dalam Pertemuan Yang Penuh Air Mata dan Mengharukan itu.

Khusnul Khotimah yang meminati penyanyi Anta Permana semenjak 1997 sebelum ini hanya mampu bermimpi untuk berjumpa dengan penyanyi nombor satu negara itu. Tambah Khusnul lagi, Siti banyak memberi dia semangat dan dorongan menerusi lagu-lagu untuk bermotivasi meneruskan hidup seperti insan normal yang lain.

Siti pada mulanya dikatakan tidak dapat berjumpa dengan peminat berasal dari Jawa Timur itu kerana kekangan masa dan waktu. Turut dapat dilihat dari riak wajah kecewa Khusnul yang terkilan dengan perkhabaran itu.

Namun, dia juga turut tetap diundang ke set bual bicara di stesen itu dengan berkerusi roda. Ketika menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa kegemarannya, Siti muncul dari belakang set membuatkan Khusnul terkejut dan menangis terharu tidak menyangka akhirnya impian lamanya tertunai.

Detik-detik mengharukan itu dapat ditonton menerusi satu video berdurasi 12 minit di Youtube Trans 7 yang kini mendapat lebih 711 ribu tontonan.

(VIDEO) Berikut adalah detik rakaman bagaimana saat Siti Membuat Kejutan Yang Mengharukan Semua Orang

Sumber: Trans 7

One thought on “(VIDEO) Ramai Menangis Saat Siti Nurhaliza ‘Surprise’ Peminatnya Yang Lumpuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.