[VIDEO] Reaksi Tercengang Siti Aafiyah Datuk Siti Nurhaliza Bila Sherry Alhadad ‘Bahan’ di AJL 33

Posted on

Sherry Ibu Saudara Sharifah Sakinah!

Bagi yang tidak mengenali Sherry Alhadad, nama sebenarnya adalah Shariffah Mariam Binti Syed Abdullah Al Hadad, lahir 17 November 1984 merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara TV terkenal Malaysia.

Sherry juga bergelar pensyarah di Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam bidang teater.

Bakat lakonan Sherry bermula ketika menuntut di ASWARA dan kemudiannya dibawa ke industri lakonan oleh pengarah Shahrulezad Mohamamedin menerusi telefilem “Sutun” pada tahun 2006.

Sejak itu Sherry bergelar pelawak dan pengacara TV terkenal termasuk pernah mengacarakan program sensasi Melodi TV3.

Sherry sebelum ini popular bersama rakan regunya pelawak Zulin Aziz yang sama-sama mengacarakan program bual bicara di TV9 iaitu “Diva-Terbitan”

Sherry datang daripada keluarga yang menceburi bidang seni. Anak-anak saudaranya (yang lebih berusia darinya) terlebih dahulu menceburi bidang seni iaitu dramatis tersohor 90-an Sharifah Haslinda dan pelawak terkenal Sharifah Shahirah.

Setelah itu seorang lagi anak saudaranya (yang lebih muda), Sharifah Sakinah juga bergelar pelakon dan pelawak.

Semoga Aliff Satar dan Sherry al Hadad dapat meneruskan momentum sebagai pasangan pengacara terbaik buat acara-acara berprestij akan datang.

VIDEO :

Sumber : yoy.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.