0

Vokalis Baharu Kumpulan Hyper Act – Firman ( AF2014 )

Viral is caring!

Rasanya semua sudah mengetahui kumpulan Hyper Act sudah dua kali bertukar vokalisnya sejak kumunculan kumpulan ini. Dari Ronie ke Kecik dan terbaru, Firman merupakan anggota baru kumpulan tersebut.

Juara Akademi Fantasia 2014 (AF2014) Firman bakal menggantikan tempat bekas vokalisnya sebelum ini iaitu Kecik atau nama sebenarnya Mohammad Fauzi Kamarudin selepas dilantik Hyper Act sendiri.

Keputusan itu sudah diumumkan secara rasmi pada Isnin lalu menerusi live video di laman Facebook Rusa Music dan perkhabaran tersebut disambut baik oleh peminat kedua-dua belah pihak.

“Alhamdulilah ketika siaran langsung, tiada komen negatif daripada peminat dan mereka setuju saya menjadi vokalis Hyper Act.

“Mungkin peminat berjaya mengecam suara saya dalam video promosi single baru bersama Hyper Act, Kasih yang dimuat naik syarikat rakaman di Facebook minggu lalu,” katanya dipetik laporan myMetro.

Penyanyi yang poular dengan lagu Di Pintumu ini turut memuat naik satu posting di laman Instagramnya untuk berkongsi berita baik bersama peminat-peminatnya.

A L H A M D U L I L L A H #kasih @hypebeatofficial @hyperactband

A post shared by Mhd Firman Bansir (@firmanbansir) on

Tambah penyanyi kelahiran Sabah ini lagi, dia dipilih untuk menjadi anggota baru kerana mereka saling mengenali.

“Kami selalu berjumpa di acara dan akan berborak mengenai industri muzik tanah air.

“Tambahan pula, Hyper Act mahukan penyanyi yang mereka kenal bagi mengelakkan masalah timbul di kemudian hari,” tambahnya.

Single Kasih merupakan buah tangan pertamanya bersama kumpulan itu dan boleh didengari di semua platform digital mulai 1 September ini.

Dalam perkembangan lain, Firman sedang giat mempersiapkan dirinya untuk bertanding di dalam program terbaru di Astro iaitu Akademi Fantasia Megastar yang akan membuka tirainya pada 3 September ini.

Kini, Hyper Act dianggotai oleh enam orang iaitu, Firman (vokalis), Loco (keyboard), Akir (keyboard), Ejam (drum), Beby (gitar) dan juga Etan (gitar).

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *