0

Wanita Kongsi Tips Mudah Turunkan Berat Badan 44kg

Viral is caring!

Sekarang ni ramai sangup berhabis duit dan menelan pil kurus semata-mata impikan berat badan idaman.

Namun, perkongsian oleh seorang wanita baru-baru ini membuktikan bahawa anda tak perlu berhabis duit untuk kurus. Yang paling penting disiplin diri.

Fiza Mukhtar kongsikan tips bagaimana dia boleh mendapatkan tubuh badan yang langsing daripada 104 kg, kini berat badannya 52.4kg.

MASA KAHWIN BERAT 94KG, LEPAS SETAHUN ALAMI KEGUGURAN

Assalamualaikum.Since terlalu ramai bertanya tentang keadaan saya, saya jelaskan disini mengenai bagaimana saya kurus dan jadi seperti harini.

2015 – Tahun saya berkahwin dan masa tu berat saya 94kg.Masa tu memang rasa badan berat tapi pedulilah asalkan ada lelaki nak.Hahaha.

2016 – Berat naik ke 104kg.10kg sejak berkahwin dan selepas mengalami keguguran untuk anak pertama.

2017 – Harini 09 July 2017, 9PM – 52.4kg

TAK AMALKAN PIL SEBAB MEMBAZIR. KALAU TAK CONTROL MAKAN SAMA JE

Saya tak amalkan pil atau supplement atau segala jenis benda untuk kurus.Saya tak nak sebab saya tak selesa.Time berbadan besar dulu,saya ada la jugak hati nak mencuba untuk makan supplement kurus tapi macam tak berbaloi sebab rasa membazir.Kalau kau tak control makan kau,sama je.Naik balik nanti.😅😅😅..Tepuk dada tanya diri sendiri.

Sebenarnya,lepas apa yang saya lalui dan alami,nak kurus tu,tekad kita pada diri kita sendiri.Tanggungjawab pada tubuh badan kita.Saya nak kurus sebab saya nak sihat.Saya nak rasa lebih yakin.Dulu saya susah nak cari baju sebab saya pakai seluar size 44 dan baju size 5xl ke 6xl.Tekanan beb!..X tipu!..Alhamdulillah skrg baju size M dan seluar saya size 27 ke 28.

JANGAN ASYIK CAKAP NAK KURUS TAPI USAHA PUN TAK ADA

Nak kurus,tips dari saya :
❌ Air Manis
❌ Fast Food
❌ Jajan / Snack
✔ Exercise
✔ Kawal pemakanan

Be positive with urself.If u berbadan besar and always complaint itu ini,but then you sendiri tak ada effort nak reduce your weight, sembang ke apa?..😆😆😆..

Bersenam dan amalkan cara hidup sihat.Jangan mudah terikut dengan cara org.Lain org lain caranya.Slowly buat.Selesakan diri dengan bersenam.In shaa Allah,lama kelamaan akan nampak hasilnya.

-Nur Hafiza binti Mukhtar-
10/07/2017 | 10:16PM @ Sri Johor

Sumber: Facebook Fiza Mukhtar

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *