0

Wow! Filem Abang Long Fadil 2 Kutip RM5 Juta Dalam 5 Hari

Viral is caring!

Perghh!! Baru sahaja 5 hari ditayangkan dan kini nampaknya filem arahan Syafiq Yusof iaitu Abang Long Fadil 2 kini sudah pun mencatat kutipan sehingga RM5 juta di seluruh pawagam di Malaysia sejak mula ditayangkan di pawagam bermula 24 Ogos lalu. Kutipan tersebut dalam masa yang sama turut mengetepikan filem-filem dari luar negara.

Sementara itu, menurut laporan Astro Gempak, kutipan itu juga berjaya mengatasi kutipan filem prekuelnya iaitu Abang Long Fadil jika dibandingkan mengikut hari tayangan.

Jika sebelum ini filem ini hanya ditayangkan di 130 buah pawagam saja, kini jumlah tersebut meningkat kepada 135 buah pawagam termasuk di Brunei dan Singapura.

Apa pun, ramai yang masih belum menonton dan pastinya kutipan sehingga hari terakhir filem ini ditayangkan akan dinantikan produksi filem berkenaan.

 

Sumber : ASTROGEMPAK

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *