0

Yuna Bersanding 28 Januari Tahun Depan Dengan Adam Sinclair

Viral is caring!

Selepas selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama Adam Sinclair pada Ogos lalu, Yuna menerusi ruangan Miss K mendedahkan, majlis persandingan mereka bakal diadakan pada hujung bulan Januari tahun depan. Bagaimanapun tarikh pernikahan pasangan itu masih dirahsiakan.

“Wahhhh! Tahniah Miss K ucapkan kepada penyanyi popular Yuna dan tunangnya, Adam Sinclair yang akan melangsungkan pernikahan pada bulan Januari tahun depan. Baru sekejap tadi Miss K terima kad undangan ke majlis persandingan Yuna dan Adam yang akan diadakan pada 28 Januari 2018”

“Sumber yang layangkan kad jemputan perkahwinan Yuna dan Adam beritahu, majlis persandingan pasangan sama cantik sama padan itu akan diadakan di Putrajaya Convention Center,” kata Miss K di Astro Gempak.

Menurut sumber itu, kad undangan perkahwinan mereka tampak ringkas tetapi elegan dengan wajah Yuna dan pasangan di depan kad yang berwarna agak ‘vintage’. Sebelum ini, Yuna difahamkan rancak membuat persiapan perkahwinan dan sering mengemas kini perkembangan di laman sosial.

Apapun tahniah diucapkan kepada Yuna dan pasangan. Semoga segala persiapan dan perancangan yang dijalankan berjalan dengan lancar.

Sumber : AstroGempak

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *