Zarina Zainuddin Mendedahkan Kenapa Dia Tak Sanggup Pisahkan Azal Dan Azil

Posted on

Pelakon, Zarina Zainuddin memohon pada orang ramai supaya memberi ruang dan membantu anaknya, Muhammah Raizal Azrai atau Azal yang menghidap autisme menjalani kehidupan sama seperti insan lain.

Zarina yang kerap berkongsi gelagat anak kembarnya, Azal dan Muhammad Razil Azrai atau Azil di Instagram akur, tidak semua orang memahami apa yang dilaluinya. Namun, sebagai ibu, dia mempunyai pendekatan tersendiri dalam membimbing zuriatnya yang sedang meningkat dewasa.

“Azal sebenarnya mampu menjalani kehidupan normal jika diberi peluang mengenali erti hidup. Perwatakan Azal sebenarnya banyak dipengaruhi abangnya, Azil yang lebih sensitif. Azil tidak boleh bercakap, malah olah bahasanya juga berbeza.

“Setiap pagi, dia akan menangis dan mencederakan dirinya jika saya terlambat membawanya membeli susu dan surat khabar. Azil akan mengamuk setiap dua jam seperti anak kecil yang meminta susu.

“Disebabkan itu, Azal sebolehnya akan keluar rumah awal pagi sebelum abangnya bangun tidur kerana bimbang terpengaruh sekiranya Azil mengamuk. Apabila mereka mengamuk, susah untuk saya leraikan dan Azal akan mengeluarkan pelbagai perkataan untuk melepaskan kemarahannya,” katanya.

Mengakui tidak sanggup memisahkan mereka, Zarina menganggap dugaan yang dilaluinya itu sebagai aturan Allah. Katanya, dia memuat naik perkongsian di laman sosial sebagai pendedahan mengenai autisme kepada orang ramai.

“Orang boleh bercakap apa sahaja tetapi kita tidak semua tidak melalui situasi yang sama. Ini aturan Allah buat saya. Bukan semua peristiwa saya kongsi kerana ada di antara rakaman itu tidak perlu dimuat naik,” kata Zarina.

Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata namun apabila melihat video terbaharu yang dimuat naik oleh Zarina Zainuddin di Instagram beliau, berhabuk mata dibuatnya. Tergambar gelas bahawa Zarina merupakan seorang ibu yang cukup tabah melenan dugaan serta cabaran yang telah beliau lalui.

begitu akrab

Apa itu sebenarnya Autisme?

Autisme adalah sejenis gangguan psikiatri atau gangguan perkembangan yang mengakibatkan masalah dalam komunikasi dan kemahiran sosial, sama ada perkembangan bahasa yang lambat atau tidak berkembang. Keadaan ini berkisar mengenai masalah mengaitkan perkataan dengan penuh makna, interaksi sosial dan kesukaran untuk memahami persekitaran. Pengesanan awal mampu menyelamatkan keadaan dan kanak-kanak ini boleh dilatih sekurang-kurangnya untuk menguruskan diri sendiri. Pada kebiasaannya, petanda kesihatan anak yang mununjukkan simptom gangguan sama ada secara mental dan fizikal tidak disedari.

Misalnya masalah Autisme yang boleh dikesan pada peringkat umur 12 bulan hingga tiga tahun. Namun, disebabkan kurang peka, masalah ini gagal dikesan pada peringkat awal dan menyebabkan anak terus terperangkap dengan dunianya dan sukar untuk menjalani kehidupan apabila membesar kelak. Masalah Autisme yang dihadapi oleh seorang kanak-kanak adalah berbeza. Ada kanak-kanak yang kelihatan seperti kanak-kanak normal, tahap sederhana dan tahap serius.

Setelah Doktor Mengesahkan Anak Kembar Austisme

Apabila mengimbas kembali saat mengetahui ciri-ciri autisme yang ada pada anak kembarnya, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai yang kini masing-masing sudah berumur 20an, Zarina sendiri pada awalnya agak terkejut dan suka untuk menerima hakikat.

“Di waktu saya melahirkan anak kembar saya ini usia saya 25 tahun masih kuat bertenaga saya dapat melahirkan keduanya secara normal biarpun ketika itu kandungan saya berusia 8 bulan” kata Zarina Zainuddin.

“Muhammad Razil Azrai lahir dulu seberat 1.6kg selepas 3 minit lahir pula Muhammad Raizal Azrai beratnya cuma 1.4kg.

Lebih kurang 10 hari dalam incubatur dengan cahaya lampu biru. Mereka dibawa keluar dari wad. Dan Alhamdulillah tumbesaran nya normal sehingga berusia setahun setengah saya dapati anak saya terlalu aktif Azal dah boleh mula bercakap Azil masih tidak bercakap mulanya saya fikir mungkin lambat” Kata Zarina lagi.
Setelah anak kembar Zarina berusia 3 tahun, Azil masih tidak boleh bercakap dan sering menghantukkan kepalanya ke lantai atau dinding. Setelah itu, Zarina membawa Azil dan Azal berjumpa doktor pakar di HUKM Cheras dan doktor mengesahkan Azil dan Azal mengalami autism.

Pada ketika itu Zarina seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan dan menangis tanpa henti. Malah kalau jika tidak dipantai anak kembar ini, mereka boleh bertindak sehingga mencederakan diri sendiri jika kemahuan mereka tidak dipenuhi.

Namun Zarina tetap kuatkan semangat dan senantiasa mendapat sokongan keluarga terutamanya suami Zarina, Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar untuk memastikan anak kembar mereka mendapat kasih sayang serta perhatian yang secukupnya.

sumber : BH kredit hangat dan videoviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.