Umum mengetahui tentang kehilangan seorang kanak-kanak yang bernama Muhammad Zahiruddin Putra yang hilang sejak 10 bulan lalu. Seorang ayah yang sentiasa mendoakan agar keselamatan anaknya terjaga walaupun tidak tahu hujung pangkalnya.
![](https://suaraviral.org/wp-content/uploads/2020/03/89204492_852977998480872_1544400364818661376_n.jpg)
Kami redha ketentuan Illahi.
Di dalam hati tidak pernah berputus asa mencari Zahir. kami sekeluarga memohon kepada rakan² berdoa bersama , supaya pencarian anak kami, Zahir, di temui.”
Tambah si ayah lagi, dia sudah tidak tertanggung kerinduan di dalam hati terhadap Zahir…
“Ya Allah , Kaulah Maha Mengetahui segalanya, aku berserah kepadaMu Ya Allah…
Terbaharu, di laman Facebook ayah mangsa, Mohd Fauzi masih menghitung hari kerana difahamkan anaknya masih belum dijumpai hingga hari ini.
Menghitung hari … 10 bulan , 303 hari.
Tidak tahu bagaimana ingin menceritakan lagi. Dugaan demi dugaan, hanya allah sahaja maha mengetahui.
Ya Allah, aku berserah kepadamu. Ya Allah, Kembalikan anakku Muhammad Zahiruddin Putra.
Sumber: Mohd Fauzi