10 Permintaan Paling Aneh Oleh Tetamu Hotel, No 10 Itu Mengejutkan !!

Posted on

Sama ada seseorang itu kaki berjalan yang tidak kisah dengan bajet ataupun seorang backpacker, sudah semestinya mereka ada keinginan melakukan sesuatu untuk memenuhi kehendak sendiri. Tetapi ada juga antara mereka yang meminta pihak hotel dan agensi menyediakan pelbagai perkara aneh agar mereka berasa lebih selesa.

Kami kongsikan 10 benda dan permintaan paling mengarut pernah diminta oleh tetamu hotel:

1 Tangkap semua binatang liar sebelum pergi mendaki di hutan
Di Colorado, Amerika Syarikat di mana sudah menjadi kebiasaan bagi para pelancong keluar mendaki ketika musim panas, seorang wanita pernah meminta kepada pihak hotel untuk menjerat kesemua beruang dan singa sebelum dia turut serta mendaki.

2 Buang deko bilik hotel
Di sebuah resort di Mexico City, satu pasangan pernah meminta pihak resort untuk mengeluarkan kesemua deko dalam bilik kerana dipercayai boleh membahayakan nyawa mereka. Walhal deko “merbahaya” itu hanyalah satu lukisan kesenian rakyat Mexico yang berwarna-warni.

3 Semangkuk M&M, tapi tak mahu warna merah
Jika anda seorang VIP dan membayar bilik hotel yang mahal, “special request” seperti ingin makan coklat atau pencuci mulut kegemaran sejurus tiba di hotel sudah menjadi suatu kebiasaan.

Tetapi ada juga tetamu hotel yang pernah membuat permintaan yang menyusahkan dengan meminta pekerja hotel menyediakan semangkuk M&M yang telah diasingkan bijian yang berwarna merah. Mungkin dia tak tahu M&M itu semuanya coklat dan rasanya sama sahaja walau apa pun warnanya.

4 Pengawal keselamatan tingkap
Ada sekumpulan tetamu hotel mendapati tingkap bilik mereka tidak boleh dikunci. Mereka tidak meminta untuk menukar ke bilik yang baru, sebaliknya mereka sendiri telah mengupah seorang pengawal keselamatan untuk berdiri di hadapan tingkap sehingga pihak hotel membaiki kerosakan tersebut.

5 Kenduri tengah malam
Seorang concierge hotel Conrad Cairo di Mesir pernah berkongsi pengalamannya menerima panggilan room service pada pukul 2:30 pagi. Tanpa sebarang pemberitahuan awal, tetamu bilik itu membuat pesanan makanan istimewa termasuklah 5 ekor kambing, 40 ekor merpati sumbat dan 5 dulang sajian gril campur.

Apa yang lebih memeranjatkan, kesemua makanan itu untuk dihidangkan kepada 30 orang tetamunya sahaja. Mungkin inilah definisi “mengkedarah” yang sebenar.

6 Bunga mawar untuk isteri
Hotel Waldorf Astoria di Amsterdam pernah menerima permintaan untuk menyediakan 1,000 tangkai bunga mawar pada malam hari Valentine.

Kesemua kedai bunga berhampiran sudahpun tutup. Bunga-bunga mawar itu juga masih perlu dipotong dan disusun di dalam bilik sebelum ketibaan isteri tetamu tersebut.

Pekerja hotel bernasib baik kerana dapat menghubungi seorang pemborong bunga dan akhirnya mereka dapat menyiapkan bilik itu dalam masa beberapa jam sahaja.

7 Mary had a little lamb
Seorang tetamu hotel di Versailles, Perancis pernah memesan kepada pekerja concierge untuk membuat penghantaran hadiah kepada seorang kerabat diraja terkenal.

Anda mesti ingat permintaannya biasa-biasa saja, kan? Tak tahulah kalau anda rasa penghantaran 150 ekor kambing biri-biri dari Perancis ke Jerman itu biasa-biasa saja.

8 Parking helikopter
Ada sesetengah orang kaya yang hidupnya sangat merendah diri tapi ada juga yang jenis ‘kekwat’ dan berlagak sombong.

Seorang tetamu pernah mendesak untuk menurunkan helikopternya di hotel walaupun pihak pengurusan telah memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai kebenaran daripada pihak berkuasa dan juga tiada tapak pendaratan.

Pekerja hotel kemudian bertungkus-lumus mencari jalan untuk memenuhi permintaan tetamu tersebut. Akhirnya, setelah mendapat izin daripada pihak berkuasa, barulah dia dapat mendarat. Untunglah jadi orang kaya.

9 Tak mahu jalan jauh
Sebuah resort ski mewah di Colorado pernah menerima permintaan daripada tetamu yang malas untuk bergerak banyak. Tetamu ini ingin pergi bermain ski tetapi meminta pihak resort menyediakan kenderaan untuk mengambilnya betul-betul di hadapan pintu masuk kabin dan menghantarnya sehingga ke pintu masuk pusat ski.

Lebih gah lagi apabila dia hanya mahu dijemput menggunakan kereta mewah sekurang-kurangnya berjenama Cadillac.

10 Ganja
Memiliki ganja telah diberikan kebenaran sah di sisi undang-undang kepada lapan buah negeri di Amerika Syarikat. Namun ia masih tertakluk kepada beberapa peraturan dan syarat seperti perlu pengesahan identiti ketika pembelian dan tidak boleh menghisap ganja sewenang-wenangnya di merata tempat.

Sejak undang-undang itu diwartakan, semakin ramai tetamu yang sesuka hati meminta pihak hotel menyediakan dan menghantar ganja ke bilik mereka tanpa mempedulikan peraturan.

Pelik-pelik sungguh perangai manusia.