Okay, siapa dekat sini ada plan untuk pergi ke Pulau Perhentian? tips untuk pertama kali ke Pulau Perhentian. Harap tips ini berguna kepada mereka yang merancang untuk ke Pulau Perhentian terutama yang pertama kali datang ke Pulau Perhentian.
Bercuti Ke Pulau Perhentian.
1.Pilih area pulau yang bersesuaian.
Untuk pengetahuan semua, Pulau Perhentian ini ada beberapa bahagian dan amatlah penting apabila memilih tempat penginapan. Boleh tengok peta bawah.
Okay dari map ni korang boleh tengok ada area Fisherman, Long Beach, Coral Bay. Setiap chalet dekat Pulau Perhentian ada kelebihan masing-masing.
Contohnya kalau korang jenis lepak malam, nak tengok pertunjukan api , korang boleh stay dekat area Long Beach.
Kalau korang nak tengok sunset boleh stay dekat area Coral Bay, kalau nak duduk kawasan kampung and makan murah boleh stay dekat Fisherman Village and boleh tengok masjid baru dekat Pulau Perhentian.
Kalau nak stay dekat Fisherman Village, korang boleh stay dekat Sealife Inn. Sebelum nie tinggal sana and serius harga makanan jauh berbeza lagi murah dengan area Long Beach, mungkin sebab kawasan kampung ikut harga orang sana.
Website : http://perhentiansealifeinn.com/
Whatsapp Enquiry : +60142128764 (Encik Nazir)
Instagram : https://instagram.com/sealifeinn/
2.Jika naik flight, pastikan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu, Kelantan
Pasti ramai yang tersalah beli tiket kapal terbang ke Lapangan Terbang dekat Terengganu. Yelaa, Diorang semua ingat yang Pulau Perhentian kan terletak di Terengganu jadi kena turun kapal terbang kat sana.
Sebenarnya kalau nak ke Pulau Perhentian, korang kena naik bot dekat Jeti Kuala Besut. Kalau dari Terenganu, kena drive and ambil masa lebih kurang 2 jam ke jeti Kuala Besut. Kalau teksi? Lebih dari Rm100.
3.Kena tahu jadual bot sebelum booking flight or bus supaya tak tunggu lama or tergesa-gesa
Untuk pengetahuan korang, bot ke Pulau Perhentian adalah dari pukul 9 pagi-4.30 petang. Biasanya diorang akan berlepas bila bot dah penuh dengan penumpang. Kalau balik ke jeti, ada 3 waktu iaitu 8 pagi, 12 tengahari dan 4 petang.
Tapi kalau korang punya trip diuruskan oleh ejen, diorang dah bagitau korang siap-siap tentang waktu bot ni.
Korang kena tahu, waktu jadual bot supaya korang boleh budget masa dan tidak terlepas bas or kapal terbang untuk pulang.
4.Pemilihan pakej yang sesuai
Kalau korang check online, sebenarnya pelbagai pakej yang ada kalau korang hendak ke Pulau Perhentian.
Masa pilih pakej untuk ke Pulau Perhentian,check dengan ejen iday :
+ Berapa checkpoint untuk pakej snorkeling dan dimana checkpoint itu (makesure ada shark checkpoint Hehe)
+ Siapa akan handle kalau perlu perkhidmatan bot melawat sekitar pulau.
Ada perkhidmatan sewa waterproof camera and berapa? Adakah pakej termasuk makan? makan ape? kalau without makan, harga pakej boleh kurang?
Dicadangkan pilih Sealife Inn, and serius puas hati dengan pakej yang disediakan. Siap ada BBQ lagi. Kalau korang nak pergi bersama kawan-kawan, ida recommend sangat Sealife Inn sebab dia ada bilik untuk 3 orang, 6 orang dan 10 orang.
Website : http://perhentiansealifeinn.com/
Whatsapp Enquiry : +60142128764 (Encik Nazir)
Instagram : https://instagram.com/sealifeinn/
5 . Jangan lupa bawa Selipar! Kasut boleh bawa jika ada plan nak jungle trekking
Kalau korang tiada plan untuk jungle trekking, disyorkan pakai selipar or croc. Tapi kalau plan nak panjat tangga Kincir Angin tu, korang boleh bawa kasut.
Bila korang snorkeling, korang takkan pakai apa-apa, hati hati takut terkena terumbu karang, boleh luka tau.
Pastikan bawa selipar, kalau tak terpaksa beli selipar dekat sana. Kalau beli area Long Beach atau tempat tumpuan tourist, agak mahal. Kalau korang beli dekat kedai runcit area Fisherman Village, dapat murah.
6.Pemilihan bag dan pakaian yang sesuai
Jangan bawa bag yang ada roda semua tu ye, susah nanti nak angkut masuk bot.
Pakaian pon penting, sila bawa baju yang bersesuaian. Kalau kawasan kampung, memang dilarang sama sekali memakai pakaian yang menjolok mata. Bikini Bikini, No No! Haha
Bawa bag kedap udara supaya bila atas bot, korang boleh letak barang berharga seperti wallet or phone dalam bag tu.
7.Bawa duit or wallet semasa snorkeling.Oh sila bawa cash yang cukup bila ke Pulau Perhentian
Kenapa bawa duir or wallet? Semasa snorkeling, bila waktu lunch, diorang akan berhenti makan di kedai dekat Fisherman Village.
Ada beberapa pelancong yang terpaksa pinjam duit dengan guide sebab tak bawa duit. Kecuali korang punya pakej memang ada lunch sekali. Tapi apa-apa, kena confirm dengan ejen.
BACA : Bapa Ini Bawa Lari Anak Dia Ke Vietnam Selama 24 Hari Dan Tinggalkan Isteri Dia Di Rumah
Nak Stay Kat Mana ?
Stay dekat Fisherman Village, supaya time diorang stop waktu lunch, iday boleh balik ke bilik untuk solat and ke toilet or ambil duit Hehe
Pastikan bawa cash yang mencukupi sebab dekat Pulau Perhentian tiada mesin atm.
8.Waterproof Camere, sewa atau sendiri
Serius, kalau datang ke Pulau Perhentian dan ada pakej untuk snorkeling, mesti ada waterproof camera atau sewa dekat chalet kalau available.
Alhamdulillah, masa dekat Pulau Perhentian hari tu, sewa dengan chalet and siap ada bantuan ambil gambar dari guide.
Gambar-gambar macam ni la nanti nak tunjuk dekat kawan-kawan. Kenangan gitu 🙂
Pakej bersama makanan atau tidak?
Kalau stay dekat Fisherman Village, jangan ambil pakej makanan. Sebab bila sebut tentang kampung nelayan, banyak kedai-kedai makan yang ada and murah. Mana taw dapat kurangkan harga pakej. Hehehe
Tempat lain tak sure, tapi kalau kat Pulau ni, Fisherman Village je yang offer makanan murah. Bayangkan burger kat sini RM3 je. Malam tu, iday lepak dekat Long Beach, burger harga RM15. Rasa lebih kurang je.
Oh, dekat Fisherman Village ada jual ABC terbaik! Iday suka sebab ABC yang klasik dulu-dulu, takde pewarna yang macam-macam. Lupa pulak nak ambil gambar. Hahaha
9.Tudung Inner untuk Snorkeling
Pada wanita-wanita betudung, bawa lah inner untuk snorkeling. Hahaha Hari tu iday pakai Bawal and sangat tak bagi kerjasama. Asal pakai goggles, tudung ke belakang.
10.Check la tips usual bila pergi pantai or pulau macam pakai sunblock, bawa baju ape semua.
Semoga berguna untuk mereka yang pertama kali nak ke Pulau Perhentian.
Untuk pengetahuan korang, mana-mana chalet or hotel akan cuti selama 3 bulan semasa musim tengkujuh. Jangan nanti mentang-mentang Air Asia buat promo, korang pergi booking flight.
Website : http://perhentiansealifeinn.com/
Whatsapp Enquiry : +60142128764 (Encik Nazir)
Instagram : https://instagram.com/sealifeinn/
Terima kasih kerana membaca 10 tips pertama kali ke Pulau Perhentian. Kalau ada tips lain boleh kongsikan di ruangan komen dibawah and kalau rasa tips ni berguna, boleh share! 🙂
Sumber : https://www.sayaiday.com/