Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah dalam satu tweetnya sebentar tadi memuat naik kemaskini terbaru mengenai COVID-19 di Malaysia.
Menurut berliau, setakat pukul 12 tengah hari (20 Mac) tadi, sebanyak 130 kes baru dilaporkan. Penambahan kes berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dilaporkan di Malaysia adalah 1,030 kes.
”Berdasarkan siasatan awal, daripada 130 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 48 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.
”Sehingga kini, seramai 26 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, sebanyak 12 pesakit berjaya pulih menjadikan jumlah kes yang sembuh setakat ini adalah sebanayk 87 kes.
TERKINI: 130 kes baru dilaporkan menjadikan 1,030 keseluruhan, 20 Mac 2020.
Daripada 130 kes baru itu, 48 kes berkait kes kluster tabligh.
12 lagi kes telah sembuh menjadikan 87 telah sembuh.
26 pesakit dalam ICU.
Kenyataan penuh menyusul.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 20, 2020
Sebanyak 130 kes baru dilapor menjadikan 1,030 keseluruhan di Malaysia.
Taburan mengikut negeri paling tinggi kes ialah Selangor, Kuala Lumpur, Sabah dan Johor. pic.twitter.com/Gh7XS3qNbT
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 20, 2020
Kenyataan Akhbar KPK 20 Mac 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia https://t.co/vsoEx7eciH
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) March 20, 2020
Sumber: KP Kesihatan