Staf Kesihatan Positif COVID

181 Staf Kesihatan Positif COVID-19 Dengan 2 Kematian Setakat Ini

Posted on

Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat 181 staf KKM dan swasta yang dijangkiti koronavirus, namun tiada petugas dari wad khusus COVID-19 terlibat.

Dari jumlah itu, kebanyakan daripadanya mendapat jangkitan di luar waktu bekerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini.

Katanya, seramai 122 staf mewakili 67 peratus staf yang positif COVID-19 mendapat jangkitan tersebut seperti menghadiri majlis perkahwinan dan sebagainya.

Ada dikalangan mereka kemudiannya menjangkiti rakan setugas ketika bekerja, kata beliau.

Sementara itu, seramai 36 staf dijangkiti semasa berkhidmat di klinik atau ICU disebabkan pesakit tidak jujur ketika mendapatkan rawatan.

“Mereka dijangkiti kerana apabila mereka melakukan prosedur, pesakit tidak memaklumkan kepada doktor mereka ada kontak rapat. Justeru, mereka tidak memakai peralatan perlindungan diri (PPE),” kata beliau.

“Tidak ada seorang pun yang berkhidmat di wad COVID-19 atau ICU yang dijangkiti setakat ini. Ini bermaksud mereka mengamalkan langkah-langkah pencegahan dengan memakai PPE semasa bertugas,” tegasnya.

Dari keseluruhan kes, sebanyak dua kematian petugas kesihatan dicatatkan di mana masing-masing mempunyai sejarah perjalanan ke Turki dan Indonesia. Kematian mereka tidak mempunyai kaitan dengan kerja, jelas beliau.

Join Telegram

Apple Dilaporkan Ingin Menghentikan Jualan Produk Beats

Beats Electronics diambil alih oleh Apple pada tahun 2014 pada harga $3 bilion. Jenama ini mempunyai reputasi sebagai peralatan audio yang digunakan oleh golongan selebriti dan kerap dilihat di dalam video muzik. Fon kepalanya pernah menjadi simbol status seperti AirPods beberapa tahun yang lalu. Tetapi kini kedengaran ura-ura Apple akan menghentikan jualan aksesori audio Beats.

Menurut Jon Prosser seorang penganalisa teknologi, Apple akan melancarkan sepasang fon kepala ketika WWDC dan AirPods X pada bulan September hadapan. Ura-ura mengenai fon kepala berjenama Apple telah didengari sejak 2018. Fon kepala ini akan bersaing dalam kelas yang sama seperti Bose 700 manakala AirPods X adalah pengganti kepada Beats X yang menyasarkan pengguna yang gemar bersukan,

Selepas kedua-dia aksesori audio Apple ini dilancarkan, pengeluaran aksesori audio Beats akan dihentikan. Malahan tambah beliau lagi produk Beats kini mula ditawarkan pada potongan harga 40% untuk mengurangkan inventori sedia ada.

Sejak diambil alih oleh Apple, imej Beats sebagai pengeluar aksesori audio yang berstatus tinggi tidak lagi seperti dahulu. Artis dan ahli sukan yang dahulunya menggunakan fon kepala Beats kini menggunakan AirPods yang dilihat lebih premium. Sekiranya produk Beats dihentikan jualannya, Apple dengan mudah boleh menumpukan perhatian kepada memasarkan produk audio yang menggunakan jenama mereka sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.