“2 Malam Mimpi Mak Senyum” – Ustaz Ebit Lew Rindu Arwah Ibu

Posted on

Dah dua malam mimpi mak senyum, rindu mak sangat agaknya, getus Ustaz Ebit Lew, berkongsi doa dan tarikh keramat sempena ulangtahun kelahiran arwah ibunya pada 24 Jun lalu.

Bagi Ebit, tiada apa yang lebih menggembirakan hatinya selain menatap pusara arwah di kampung. Letih bukan halangan, asalkan rindu terlerai. “Terus drive dari pejabat balik kampung ziarah kubur mak rindu sangat.

“Terima kasih ya Allah. Hari ini hari Lahir arwah mak saya, 24 Jun. “Selamat hari lahir buat mak yang tercinta. Ya Allah betapa diriku sayang padanya. “Sayangi dan kasihilah ibubapaku sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangiku semenjak kecil,” tulis Ebit di Facebook.

Untaian doa dikirim Ebit buat arwah ibu di negara abadi.

Kata Ebit, setiap kudratnya hari ini berkat doa orang tuanya setiap masa. Penat tiada dalam kamus, melainkan penat jika tak hulur bantuan.

“Kerana doa mak bapak ebit ke sana sini. Setiap bangun pagi mesti Allah gerakkan ke sana sini mengikut suara tangisan orang susah. Penat bila tak dapat bantu orang jer.

“Ya Allah jagalah mak di sana. Ebit rindu mak sangat. Ebit betul-betul rindu mak. “Ya Allah pimpinlah setiap langkah dan tindakan dalam hidupku ini. Jangan biarkan diriku pada diri sendiri walau satu saat.

“Jika ada pahala kebaikan atas apa dilakukan semuanya hadiahkan pada ibu tercinta. “Ya Allah satu hari temukanlah kami semula di sana dalam reda-Mu,” tambah Ebit lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.