Sebanyak 217 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 3,333 kes setakat Jumaat (3 April 2020), jam 12 tengahari.
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu Sidang Media Perkembangan COVID-19 Di Malaysia yang sedang berlangsung kini.
Daripada jumlah tersebut, 108 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi dan 54 kes daripanya memerlukan bantuan pernafasan. Dr Noor Hisham turut mengumumkan 3 kematian hari ini dan menjadikan jumlah keseluruha sebanyak 53 kes kematian di Malaysia.
TERKINI #COVID19Malaysia
3 April 2020 (Jumaat)Kes baharu 217
Keseluruhan 3,333
Rawatan di ICU 108
Bantuan alat pernafasan 54
Kematian terbaru 3
Keseluruhan 53 pic.twitter.com/9PpmnNjbZl— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 3, 2020
Honor 30 Disahkan Menggunakan Sensor 50MP Sony IMX700
Ramai yang menantikan pelancaran Honor 30 pada 15 April ini kerana secara tradisinya mereka menawarkan kemampuan setanding peranti Huawei pada harga yang tidak merobekkan dompet. Meskipun masih berteka-teki mengenai spesifikasi utamanya, misteri mengenai salah satu kamera yang digunakan telah terungkai.
GSMArena mendapat akses kepada rekaan kamera Honor 30. Ia jelas menunjukkan penggunaan sensor 50MP Sony IMX770 untuk kamera utamanya dan sistem pemfokusan Octa PD. Meskipun butiran lanjut mengenainya masih belum dikongsi, namun sumber mendakwa ia akan menjadi sensor terbaik daripada Sony dengan prestasi kamera yang sama dengan barisan siri Huawei P40.
Selain itu, sensor 50MP ini akan diiringi oleh sokongan tiga lagi lensa berbeza yang mana salah satu daripadanya adalah lensa periskop berbentuk empat segi. Peranti ini juga mungkin dilengkapi dengan sokongan dua flash LED.
Tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum Honor 30 dilancarkan secara rasmi. Dengan Huawei P40 dijual pada harga RM2799 di Malaysia, kita boleh mengagak Honor 30 kelak akan dijual pada harga lebih rendah.