Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 236 kes pulih dilaporkan hari ini.
Ini menjadikan kes kumulatif keseluruhan yang sembuh dan dibenarkan discaj adalah 1,241 kes setakat ini.
Ia adalah jumlah pesakit discaj paling tinggi setakat ini.
Perkembangan terkini #COVID19Malaysia 6 April
Bilangan pesakit discaj paling tinggi setakat ini iaitu 236 kes.
Ini menjadikan 1,241 pesakit telah sembuh dan discaj atau 33% daripada jumlah keseluruhan kes.
Tahniah dan terima kasih. @MuhyiddinYassin @DrAdhamBaba pic.twitter.com/JfL7KZYPmY
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 6, 2020
Xiaomi Mi 10 Lite 5G Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia
Dunia masih terus berputar walaupun majoriti insan kini terperangkap di rumah bagi merendah keluk epidemik. Dalam diam sebuah peranti bahari juga telah melepas pengesahan SIRIM menunjukkan pelancarannya yang semakin hampir. Kali ini tiba giliran Xiaomi Mi 10 Lite 5G,
Peranti kelas pertengahan dengan cip Snapdragon 765G ini melepasi pengesahan pada 2 April yang lalu. Setakat yang diketahui peranti ini dilengkapi skrin 6.57-inci AMOLED FHD+ dengan pengimbas cap jari dalam skrin. kamera utama 48-Megapixel. kamera hadapan 16-Megapixel dan bateri sebesar 4160 mAh. Bateri peranti walau bagaimanapun hanya menyokong pengecasan 20W menerusi port USB-C.
Kamera utama yang adalah dari jenis kuad-kamera dalam susunan matrik 2×2 yang masih belum diumumkan konfigurasi lensanya pada majlis pelancaran. Tetapi sekilas pandang menyamai apa yang digunakan pada Redmi Note 9s yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia. Kamera hadapan pula diletakkan pada takuk bersaiz kecil.