4 disyaki telah dijangkiti virus korona!

Posted on

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini berkata empat kes disyaki Conovirus wabak jangkitan 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) dicatatkan di dua negeri, hari ini.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiga daripada empat kes yang dilaporkan itu adalah negatif.

“Sebaik dikesan, mereka telah dimasukkan ke wad pengasingan bagi membolehkan rawatan dan penyiasatan lanjut dijalankan. Ujian makmal yang dijalankan ke atas sampel milik tiga orang pesakit pertama didapati negatif bagi jangkitan 2019-nCoV,” katanya pada laman web Kementerian Kesihatan, hari ini.

Satu kes baharu dicatatkan di Sabah semalam dan keputusan makmal mengenai jangkitan itu masih belum diperolehi.

“Merujuk kepada kes disyaki terbaru yang dimasukkan ke wad pengasingan di sebuah hospital di Sabah pada 22 Januari 2020, beliau berada dalam keadaan stabil.

“Sampel bagi kes-kes tersebut telah dihantar ke IMR untuk menjalani ujian pengesanan dan pengesahan.

“Keputusan ujian bakal diperolehi dalam masa yang terdekat,” katanya lagi.

Setakat ini kes Coronavirus dicatatkan berlaku di Selangor (dua kes) dan Sabah (satu kes).

Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan turut menasihatkan orang ramai yang ingin melawat ke Wuhan, China agar menangguhkan perjalanan mereka kecuali untuk urusan penting sahaja. – MalaysiaGazette

One thought on “4 disyaki telah dijangkiti virus korona!

  1. Kau pasti ke min 4 org tu Warganegara malaysia?? jangan sembarang tulis min, cuba kau pastikan balik…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.