4 Perkara Ini Menunjukkan Malaysia Sudah Dalam Normal Baharu

Posted on

Perkara yang dahulu kita rasa mustahil boleh dilakukan telah menjadi kebiasaan dalam kehidupan kita. Sedikit sebanyak COVID-19 ini telah mengubah cara hidup kita bekerja, belajar dan bermain.

Jika dahulu kita tidak mementingkan penjarakan sosial dan tidak sering membasuh tangan. Kini, ia menjadi normal baharu dalam kehidupan kita.

Malah, pemakaian pelitup muka juga sudah menjadi normal pada ketika ini sedangkan dahulu kita susah untuk lihat rakyat Malaysia memakainya walaupun diri mereka sakit.

Ini merupakan empat perkara yang membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah berjaya menyesuaikan diri dalam usaha memerangi ancaman wabak COVID-19.

1. Transaksi dalam talian.

Banyak syarikat kini telah beralih kepada kaedah digital berbanding sebelum ini yang berurusan secara fizikal.

Jika dahulu pelanggan memerlukan diri mereka hadir ke premis untuk mendapatkan promosi yang ditawarkan, kini semuanya di hujung jari melalui secara dalam talian.

Bukan itu sahaja, malah pameran hartanah secara maya dan urus niaga berkaitan itu juga kini boleh dilakukan secara dalam talian.

2. Dulu perlu hadir ke seminar, kini Webinar.

Webinar sudah wujud sebelum COVID-19 melanda dunia. Namun, disebabkan pandemik ini ia memaksa semua pihak yang ingin menganjurkan sebarang acara atau seminar untuk melakukannya secara dalam talian.

Kelihatan ramai pihak yang sudah selesa dengan menganjurkan seminar untuk berkongsikan ilmu dan pengalaman mereka melalui dalam talian.

3. Doktor di alam maya.

Portal seperti Doctor On Call membolehkan orang ramai untuk membuat dianogsis secara dalam talian, malah ubat-ubatan juga boleh dibeli menerusi portal berkenaan.

Ini boleh mengurangkan interaksi fizikal di antara pesakit dan juga doktor atau pakar perubatan.

4. Warung berpusat menggantikan penjaja jalanan.

Sewaktu PKP, penutupan warung dan gerai telah memaksa mereka untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menyambung punca rezeki.

Grab e-Kitchen merupakan kerjasama kerajaan negeri Selangor yang menyediakan peluang kepada peniaga bazar Ramadan untuk meneruskan perniagaan mereka.

Malah, ada peniaga yang mengakui penjualan mereka lebih tinggi secara dalam talian berbanding secara konvensional.

Oleh itu, memandangkan vaksin untuk COVID-19 masih belum ditemui, disiplinkan diri anda dengan normal baharu untuk melindungi diri daripada jangkitan COVID-19.

Join Telegram

Carian Ke Post Ini:

  • ini menunjukkan atau perkara ini menunjukkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.