5 Sebab Wanita Berumur 30 An Mudah Naik Berat Badan

Posted on

5 Sebab Wanita Berumur 30 An Mudah Naik Berat Badan|Zaman yang makin mencabar membuatkan kita sentiasa dalam keadaan leka. Tidak kira terleka dari segi apa, pekerjaan ataupun kesihatan.

Ada diantara kita dek kerana terlalu leka dengan pekerjaan sehingga tidak mengambil berat akan keadaan kesihatan, terutamanya faktor kenaikkan berat badan.

Banyak yang mempunyai masalah berat badan tidak kira lelaki ataupun wanita. Masalah kegemukan merupakan perkara yang amat di takuti sekali terutamanya bagi kaum wanita. Menampilkan berat badan yang ideal merupakan idaman semua wanita. Namun tahukah anda, wanita yang berumur 25 ke atas akan senang gemuk ataupun mempunyai masalah obesiti.

Bagi seseorang yang mengalami kegemukan sudah pasti akan banyak menghidapi pelbagai penyakit kronik dan sukar untuk bergerak akibat dari masalah kegemukan yang melampau.

Banyak sudah kita lihat masyarakat di luar sana yang mempunyai permasalah sedemikian rupa dan mencari jalan agar boleh kembali kepada bentuk badan yang asal sebelum mengalami kegemukan di usia 25 tahun ke atas.

Sebab dan punca senang gemuk pada umur 25 tahun ke atas

Foto: makassar.terkini.id

Baca : Wanita Kongsi Tips Mudah Turunkan Berat Badan 44kg

Menurut laman Her, laporan dari ahli statistik dari UCLA dikenali sebagai Nathan Yau berkata, mengikut kadar usia yang tertentu, kadar kalori yang terkandung di dalam badan seseorang mungkin akan berada pada tahap paling tinggi.

Namun setelah faktor usia semakin meningkat, badan juga memerlukan kalori yang lebih dari yang sebelumnya bagi mengekalkan berat badan.

Ia tidak akan menimbulkan apa-apa permasalahan sekiranya anda mengalami kekurangan makanan. Sekiranya cara diet ada tidak mengalami perubahan dan cara pemakanan tetap sama dari yang sebelumnya, ia mungkin akan mempengaruhi badan anda.

Bagi yang kerap makan makanan berat selama tiga hari berturut-turut akan memudahkan lemak mudah terkumpul. Menurut kajian dari Amerika Syarikat, individu yang lebih tua harus mengurangkan kadar makanan yang mereka makan setiap hari.

Foto: Gmoney.id

Bagi seorang wanita yang aktif terutamanya dalam peringkat remaja, kadar keperluan kalori di dalam badan dalam sekitar 2,400. Namun bagi wanita yang aktif dalam kadar yang sederhana tahap keperluan kalori sekitar 2,200 pada pertengahan umur sehingga pertengahan umur 20-an.

Apabila usia menjangkau 25 ke atas, metabolisma seseorang itu akan menurun sebanyak 200 kalori. Bagi wanita yang tidak melakukan apa-apa jenis senaman dalam sehari dan hanya duduk rehat di rumah, jumlah kalori yang digunakan pada umur sebegitu hanyalah sekitar 2, 000 kalori dan akan terus seperti itu dari masa ke masa yang lain.

Foto: hellosehat.com

Disebabkan oleh itu, wanita yang belum menjangkau 25 tahun sebaik-baiknya menjaga pemakanan agar di masa akan datang, anda tidak akan senang gemuk dan mengalami kegemukan yang melampau dari cara pemakanan yang tidak menentu dan pengambilan makanan yang tidak sihat.

Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri sebelum perkara yang tidak di inginkan berlaku di masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.