Ramai yang amalkan diet ketat sampai tak makan semata-mata untuk kurus. Tapi, tak bermakna anda perlu lakukan diet ekstrem dapatkan bentuk badan idaman.
Ada beberapa cara boleh cuba dalam tempoh 12 jam sahaja untuk mengurangkan lemak degil pada tubuh dan jadikan anda lebih langsing. Tak susah pun. Cuba 6 cara ini okay!
1. SARAPAN OAT
Oat bukan saja mengenyangkan, malah bebas kalori. Kalau tak boleh nak telan oat, gantikan dengan 2 keping roti gandum dan sebiji telur rebus. Makanan ini buatkan anda kenyang lebih lama.
2. RAJIN-RAJIN JALAN KAKI
Cuba parking kereta jauh sikit supaya anda boleh berjalan. Berjalan kaki bukan je melancarkan peredaran darah malah buatkan kaki jadi lebih tirus cantik.
3. MINUM LEBIH BANYAK AIR
Bukan air manis ya tapi air putih. Paling kurang minum 1.5 liter sehari. Ia membantu menyalurkan nutrisi ke seluruh tubuh dan mencegah pengumpulan lemak di satu bahagian tubuh saja.
4. MAKAN BUAH SEBELUM MAKAN NASI
Sebelum hentam nasi masa lunch, makan buah-buahan dulu. Buah mengandungi gula semula jadi yang mengenyangkan, sekaligus elakkan kita dari ambil nasi berlebihan.
5. LAKUKAN SENAMAN RINGAN
Lepas lunch jangan terus duduk. Ia buatkan lemak terkumpul di perut. Lakukan senaman ringkas atau regangan dengan berjalan selama 10 hingga 15 minit.
6. TANPA GULA
Memang kadang-kadang kita akan craving nak makanan atau minuman bergula. Sebolehnya kurangkan gula dalam pemakanan seharian. Gantikan sesuatu yang rendah kalori.