WALAUPUN negara mencatatkan satu lagi kematian terbaharu hari ini, iaitu kematian ke-27, ada juga khabar gembira yang perlu kita dengar.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 61 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, 28 Mac 2020.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih dan sembuh adalah sebanyak 320 kes.
Tahniah diucapkan kepada semua petugas perubatan KKM yang berusaha merawat mereka sehingga sembuh.
Semoga jasa bakti anda akan dibalas dengan kebaikan berganda oleh Allah SWT.
Perkembangan terkini #COVID19 di Malaysia, 28 Mac 2020.
Jumlah terbaru pesakit discaj:
❤ 6⃣1⃣❤
Jumlah keseluruhan pesakit telah sembuh dan discaj hospital:
❤3⃣2⃣0⃣❤
Tahniah dan terima kasih buat anggota kesihatan yang terlibat. pic.twitter.com/nfYPcE1IKB
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 28, 2020