Baru-baru ini, kita amat bertuah kerana Wahed Invest Dilancarkan di Malaysia. Ianya menawarkan rakyat Malaysia cara yang lebih bijak untuk melabur dengan menyediakan akses kepada portfolio patuh Syariah yang pelbagai.
Bergantung kepada toleransi kita terhadap risiko dan portfolio yang bersesuaian, Wahed Invest akan melaburkan wang kita ke dalam pelbagai instrument seperti:
- Saham di Amerika Syarikat
- Saham di Malaysia
- Sukuk
- Emas
Tanpa melengahkan masa, jom kita tengok cara-cara untuk melabur dengan modal serendah RM100 ke dalam Wahed Invest dengan 7 langkah mudah.
Kandungan
- 1 1. Muat Turun Aplikasi Telefon Pintar
- 2 2. Lancar Aplikasi Wahed Invest Dan Buka Akaun
- 3 3. Jawab Soalan Untuk Kenalpasti Diri Kita Sebagai Seorang Pelabur
- 4 Tetapkan Portfolio Pilihan
- 5 4. Buka Akaun Pelaburan Dengan Wahed Invest
- 6 Masukkan Kod Promosi
- 7 5. E-KYC (E-Know Your Customer) / Kenalpasti Pelanggan Anda Secara Elektronik
- 8 6. Masukkan Modal Pelaburan
- 9 7. Monitor Portfolio Dan Prestasi
- 10 Bonus – Masukkan Kod Referral Dan Dapatkan $10 USD
- 11 Muat Turun Sekarang Dan Dapatkan Bonus Anda Hari Ini
- 12 mohmoh451
- 13 Cara Mohon Skim MyDeposit Untuk Membeli Rumah Pertama
1. Muat Turun Aplikasi Telefon Pintar
Pertama sekali, kita kena muat turun aplikasi Wahed Invest di Google Play Store atau Apple App Store.
BACA : Antara 10 Soalan Yang Sering Ditanya Tentang Takaful
2. Lancar Aplikasi Wahed Invest Dan Buka Akaun
Seterusnya, kita buka akaun kita dengan memasukkan emel dan kata laluan. Sahkan emel dengan code verifikasi yang dihantar pada emel.
3. Jawab Soalan Untuk Kenalpasti Diri Kita Sebagai Seorang Pelabur
Jawab lapan soalan bagi mengenalpasti tahap toleransi risiko, objektif pelaburan dan juga portfolio yang sesuai dengan kita.
Tetapkan Portfolio Pilihan
Wahed Invest akan mencadangkan portfolio yang bersesuaian, kita kena tetapkan samada ini adalah portfolio yang memang sesuai atau kita boleh pilih portfolio lain.
4. Buka Akaun Pelaburan Dengan Wahed Invest
Dah bersedia untuk buka akaun pelaburan anda dengan Wahed Invest? Masukkan nama, tarikh lahir, alamat tempat tinggal dan surat-menyurat, nombor telefon dan sebagainya.
Masukkan Kod Promosi
Nak promosi terhebat untuk akaun Wahed Invest anda? Pastikan anda masukkan kod promosi berikut semasa mendaftar pada page Semak Semula Butiran anda:
mohmoh451
Anda akan memperolehi RM40 sebagai tambahan modal pelaburan anda.
5. E-KYC (E-Know Your Customer) / Kenalpasti Pelanggan Anda Secara Elektronik
Biasa kalau kita nak buka akaun baru dengan mana-mana bank, mesti dia minta macam-macam dokumen sebagai bukti kita adalah diri kita yang sebenarnya. Kena bawa Kad Pengenalan atau Lesen Memandu, bil elektrik atau bil air atas nama kita atau sebarang dokumen pembuktian diri dan alamat tempat tinggal kita.
Begitu juga halnya dengan Wahed Invest, cuma kali ini semua dokumen dihantar dan diproses secara online. Jangan risau pasal keselamatan, kerana mereka menggunakan tahap keselamatan dan penyulitan (encryption) seperti yang bank gunakan.
6. Masukkan Modal Pelaburan
Kita kena masukkan modal pelaburan minima RM100. Nak masukkan modal boleh gunakan perkhidmatan FPX untuk transfer duit ke dalam akaun pelaburan kita. Senang macam nak checkout item di website e-commerce. Biasanya ia akan mengambil 1-2 hari bekerja untuk proses, dan Wahed Invest akan memaklumkan kita bahawa deposit tersebut telah diterima dan pelaburan kita telah pun bermula.
7. Monitor Portfolio Dan Prestasi
Kita boleh monitor prestasi semasa pelaburan kita, naik ke turun. Tapi jangan risau, kerana anggaplah Wahed Invest ini sebagai pelaburan jangka masa panjang.
Kita juga boleh tengok di manakah pelaburan kita dan pecahan pelaburan kita, berdasarkan portfolio yang kita pilih tadi. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai saham, ETF, REIT, sukuk dan indeks yang ada, jemput baca Kenali Produk Patuh Syariah Dalam Bursa Malaysia.
Akhir sekali, kita boleh dapat snapshot pegangan portfolio kita termasuklah dengan jumlah keuntungan dan fee yang Wahed kenakan terhadap jumlah yang dilaburkan. Kita juga boleh track cash bonus (referral bonus) yang kita dapat bila kita refer kepada setiap kawan-kawan yang buka akaun dan dah mula melabur (dengan sekurang-kurangnya RM-100).
Bonus – Masukkan Kod Referral Dan Dapatkan $10 USD
Langkah terakhir dan dikira sebagai bonus, bagi setiap kawan yang anda refer untuk membuka akaun dengan Wahed Invest; anda akan dapat $10 USD (RM40). Lagi ramai anda ajak untuk sertai dan guna kod anda, lagi banyak bonus anda akan dapat ke dalam dana pelaburan anda.
Cepat sikit duit pelaburan anda berkembang kan?
Muat Turun Sekarang Dan Dapatkan Bonus Anda Hari Ini
Jadi apa tunggu lagi, muat turun aplikasi Wahed Invest di Google Play Store atau Apple App Store sekarang juga.
Jangan lupa untuk ikuti langkah #4 untuk dapatkan bonus anda hari ini juga. Pastikan anda masukkan kod promosi berikut semasa mendaftar pada page Semak Semula Butiran anda:
mohmoh451
Anda akan memperolehi RM40 sebagai tambahan modal pelaburan anda. Penggunaan kod tersebut adalah terhad, siapa cepat dia dapat.
Disclaimer:
Wahed Technologies Sdn Bhd (“Wahed”) dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai syarikat Pengurusan Pelaburan Digital (DIM). Wahed diberi kuasa untuk menjalankan perniagaan pengurusan dana yang melibatkan teknologi inovatif dalam perkhidmatan pengurusan portfolio budi bicara secara automatik yang ditawarkan kepada pelanggan di bawah lesen yang dikeluarkan mengikut Jadual 2 Akta Perkhidmatan Pasaran Modal 2007.
Semua pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kerugian wang yang anda laburkan dan prestasi lalu tidak menjamin prestasi masa akan datang. Sejarah pulangan, pulangan dijangka dan unjuran kebarangkalian disediakan untuk tujuan maklumat dan ilustrasi sahaja dan tidak menunjukkan prestasi masa akan datang yang sebenar. Wahed tidak bertanggungjawab terhadap liabiliti bagi hasil perdagangan dan pelaburan anda.