Penceramah bebas, Ebit Lew, menerusi kiriman di Facebooknya mengejutkan netizen apabila pejabatnya di Bandar Baru Bangi dipercayai telah dipecah masuk.
Kerugian akibat daripada pecah masuk tersebut dianggarkan sebanyak RM80 ribu dengan komputer, laptop, kamera dan telefon bimbit bagi tujuan untuk merakam ceramahnya telah dicuri.
Office saya kena pecah..sedihnya.
Ya Allah terkejut sebelum ceramah di Penjara Perlis. Dapat tahu office saya di Bandar Baru Bangi kena pecah. Semua komputer,laptop 2,kamera-kamera baru beli juga rakam ceramah-ceramah dan dakwah, telefon bimbit 3 dah takde dan ada duit sikit..80k juga semuanya. Ya Allah tuhanku. Pencuri tinggalkan tulisan ini.
Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Saya sumpah dia ditangkap dan dapat hidayah. Pohon doa semua yer biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat disebalik semuanya. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli hoiron minha-ebitlew
Sumber: Ebit Lew