Kecoh Pasal Kes Itu, Sultan Johor Akhirnya Murka Dan Ini Titah Tuanku Kepada Individu Terbabit

Posted on

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dan kesal terhadap mereka yang didapati terlibat dalam kes pembuangan bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang sehingga memberi kesan buruk kepada murid, pelajar sekolah serta orang awam.

Baginda Tuanku bertitah mahu pihak berkuasa melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap insiden itu.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim melahirkan penghargaan terhadap pasukan perubatan yang bertungkus-lumus memberikan rawatan kepada mngsa yang dimasukkan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“ Disebabkan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab, ratusan orang termasuk murid serta pelajar sekolah terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. Malah ada yang bertarung nyawa dalam ICU!

6 mngsa ditempatkan di ICU

Enam daripada 39 mngsa yang terhidu gas metana dipercayai dibuang secara haram ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor, semalam, diberi rawatan rapi secara elektif intubasi, iaitu membersihkan paru-paru mereka daripada gas toksik.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, enam mngsa itu ketika ini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, dan berada dalam keadaan stabil.

“ Tiga daripada enam mngsa ini sudah kita laksanakan intubasi elektif supaya kita kawal paru-paru dan pernafasan mereka, bagi memastikan mereka bersih daripada gas toksik yang boleh merosakkan paru-paru.

“ Alhamdulillah, mereka masih dalam keadaan yang baik, yang tiga lagi mngsa hanya perhatian khusus saja dalam ICU, tapi belum buat intubasi lagi,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Persidangan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2019 di Institut Latihan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta di Ipoh, hari ini.

30 mngsa masih di wad di hospital

Dr Noor Hisham berkata, setakat ini 30 mngsa masih ditempatkan dalam wad di hospital berkenaan, manakala tiga orang sudah dibenarkan pulang pagi tadi.

Menurutnya, kesemua mngsa terbabit stabil namun tahap pernafasan masih perlu dipantau bagi melihat sebarang kesan keracunan gas.

Katanya, daripada 36 pesakit yang sedang dirawat itu, dua daripadanya adalah kanak-kanak, lapan murid sekolah rendah, 13 pelajar sekolah menengah dan 13 orang dewasa.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya, Dr Noor Hisham mengesyorkan agar Penolong Pegawai Perubatan yang terlatih dijadikan tenaga pengajar dan jurulatih kepada ahli pasukan penyelamat.

Katanya, mereka yang lengkap dengan latihan khusus di peringkat asas dan lanjutan di dalam bidang pengurusan bencana sama ada di dalam dan luar negara sesuai menjadi tenaga pengajar dan jurulatih kepada ahli penyelamat seperti anggota JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan ahli sukarelawan lain.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber : sinarharian dan hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.