SHAH ALAM – Status gelombang haba di Semenanjung Malaysia dilaporkan berada pada tahap satu
dengan suhu mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius.
Berdasarkan kemas kini Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) setakat jam 4.45 petang semalam,
empat negeri meliputi lapan kawasan berada pada Tahap Satu iaitu BERJAGA-JAGA.
Kandungan
GELOMBANG HABA : 4 NEGERI STATUS BERJAGA-JAGA
Kawasan disenaraikan ialah Chuping di Perlis; Kota Setar, Pendang, Baling dan Sik (Kedah); Batang Padang dan Hulu Perak di Perak serta Kuala Krai (Kelantan).
Gelombang haba tersebut dijangka berlarutan selama TIga hari berturut-turut.
FOTO : Status gelombang haba Semenanjung Malaysia setakat jam 4.45 petang semalam (14 Mac 2019).
Bagaimanapun, kawasan Kuala Kangsar (Perak) dan Gua Musang serta Jeli (Kelantan); termasuk Maran, Jerantut,Raub, Temerloh dan Bentong (Pahang) yang berada pada TAHAP 1 kelmarin, mencatatkan penurunan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celsius.
Sementara itu, Sabah dan Sarawak pula juga mencatatkan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celsius.
NASIHAT BUAT ORANG RAMAI KHUSUS KAWASAN TERLIBAT
Orang ramai perlu mematuhi langkah-langkah yang perlu diambil dengan memantau aktiviti yang boleh mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.
“Semua aktiviti luar di kawasan yang terlibat dengan cuaca panas dan kering perlu ditangguhkan sehingga dimaklumkan keadaan telah pulih
ELAKKAN AKTIVITI LUAR
Pakar Kesihatan berkata, suhu panas yang mencecah sehingga 36 darjah Celsius akan memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia.
Dalam cuaca panas dan kering seperti sekarang, semua orang dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar.
Elak mendedahkan diri kepada cahaya matahari keterlaluan yang boleh menyebabkan strok haba.
Bagi kaki bersenam, pilih waktu lebih sejuk seperti awal pagi atau malam untuk melakukan aktiviti kecergasan.
PASTIKAN BEKALAN AIR BERSIH MENCUKUPI
Selain itu, bekalan air minuman bersih perlu mencukupi dan jika di sekolah, pihak sekolah perlu menggalakkan murid membawa air minuman dan membekalkan air kepada murid di asrama sekiranya kekurangan bekalan.
AKIBAT DAN KESAN SAMPINGAN?
Terdedah kepada sinaran matahari terik dan gelombang haba berterusan (lebih 40 darjah Celsius) boleh memberi kejutan kepada tubuh sehingga menyebabkan kegagalan pengawalan mekanisme penyejukan semula jadi tubuh.
Keadaan itu menyebabkan tubuh memberi reaksi tertentu termasuk pening, pitam diiringi muntah dan sebagainya yang merujuk ia sebagai serangan STROK HABA.
Selain cuaca panas terik, individu yang tidak sedar badannya kekurangan air sangat berisiko untuk mengalami strok haba.
Andainya berlarutan, ia boleh mendatangkan risiko tinggi bagi kanak-kanak dan bayi, warga emas, pesakit kr0nik serta individu yang sakit sehingga memberi ancaman komplikasi lebih serius seperti kerosakan organ dalaman seperti buah pinggang, hati, pembuluh darah dan kem atian.
Orang dewasa berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding golongan muda.
Dalam cuaca panas ini jugalah ibu bapa perlu memantau pergerakan anak-anak.
Leka bermain menyebabkan kanak-kanak tidak menghiraukan cuaca panas sedangkan mereka yang berumur lima tahun ke bawah lebih berisiko tinggi untuk mengalami strok haba.
Semoga kita semua peka dan mulakan langkah berjaga-jaga