JOHOR BAHRU – Tiga orang pakar dari Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa (JK) Saintifik oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YB Yeo Bee Yin bagi membantu memberikan maklumat dan pendapat saintifik kepada Jawatankuasa Bencana Pasir Gudang.
Kandungan
- 1 Prof Dr Rahim dan Dr Faizuan sedang memberi penerangan kepada Menteri Yeo Bee Yin
- 2 Sebahagian Jawatankuasa Saintifik bagi membantu membekalkan maklumat dan penyelesaian saintifik kepada kerajaan.
- 3 “Fungsi jawatankuasa ini adalah untuk mengenal pasti punca dan pergerakan bahan pencemar (environmental fate) dan kesannya terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia. Jawatankuasa ini juga akan mengenal pasti langkah, tindakan dan kawalan bagi menangani pencemaran bahan kimia bera cun di Sungai Kim-Kim ini,” jelasnya.
- 4 Ahli-ahli jawatankuasa bermesyuarat bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri, YB Dr. Sahruddin Jamal (kanan). (FOTO UTM)
- 5 Prof Dr Rahim (kanan) bersama Dr Faizuan bersiap sedia untuk mengambil sampel di Sungai Kim Kim bagi tujuan analisis. (FOTO UTM)
Prof Dr Rahim dan Dr Faizuan sedang memberi penerangan kepada Menteri Yeo Bee Yin
JK ini dipengerusikan Dekan Fakulti Sains, Prof. Dr. Abdull Rahim Mohd Yusoff dan turut dibantu Pengarah Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UTM iaitu Prof. Madya Dr. Jafariah Jaafar serta Pensyarah Kanan fakulti tersebut, Dr. Faizuan Abdullah.
Keahlian JK adalah terdiri daripada agensi-agensi kerajaan dan pakar berkaitan iaitu :
Unit HAZMAT Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Meteorologi, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), Petronas, Environmental Resources Management (ERM) dan juga AMR Environmental.
Prof Rahim berkata, mesyuarat pertama adalah dimulakan pada pukul 10 pagi hari Jumaat 15 Mac di Pusat Gerakan Bencana di Bangunan Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Sebahagian Jawatankuasa Saintifik bagi membantu membekalkan maklumat dan penyelesaian saintifik kepada kerajaan.
“Fungsi jawatankuasa ini adalah untuk mengenal pasti punca dan pergerakan bahan pencemar (environmental fate) dan kesannya terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia. Jawatankuasa ini juga akan mengenal pasti langkah, tindakan dan kawalan bagi menangani pencemaran bahan kimia bera cun di Sungai Kim-Kim ini,” jelasnya.
Untuk itu, pihak UTM juga diberi tanggungjawab untuk menjalankan persampelan kualiti udara, air, tanah dan darah untuk analisa kimia bagi menentukan punca pencemaran dan cara mengatasinya di Pasir Gudang, Johor.
Ahli-ahli jawatankuasa bermesyuarat bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri, YB Dr. Sahruddin Jamal (kanan). (FOTO UTM)
Pelantikan ini membuktikan kepakaran dan teknologi UTM adalah diiktiraf dan diperakui sehingga mendapat kepercayaan untuk dilantik bagi mengetuai pasukan penyiasat saintifik kes pencemaran ini.
Semoga UTM dapat sama-sama memberi sumbangan agar tragedi ini dapat diakhiri dengan segera.