Tambang Teksi KL Ke-8 Paling Murah Di Dunia

Posted on

Jika anda katakan tambang teksi di Kuala Lumpur boleh dikatakan agak mahal, berbeza pula dengan kaji selidik yang dilakukan oleh portal jualan kereta terpakai Britain, Carspring.

Menurut Indeks Tambang Teksi 2017 itu, tambang teksi di Kuala Lumpur adalah kelapan paling murah berbanding puluhan bandar raya terkenal lain termasuk negara jiran Singapura yang menduduki tempat ke-20.

Negara yang mengenakan tambang teksi paling murah di dunia ialah ibu kota Mesir, Kaherah dengan harga ditetapkan hanya sebanyak AS$0.55 (RM2.36).

Manakala, bandar raya Zurich di Switzerland pula adalah yang termahal dengan tambang AS$25.25 (RM108.22).

Tambang standard bagi perjalanan jarak tiga kilometer di Kuala Lumpur ialah AS$1.89 (RM8.10).

Namun, pakar pengangkutan berpendapat, meskipun tambang teksi masih rendah, syarikat teksi masih berdepan dengan masalah untuk bersaing dengan tambang yang ditawarkan pengendali kereta sewa popular seperti Grab dan Uber.

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.