(VIDEO) Sultan Muhammad V Sekali Lagi Curi Perhatian. Kali Ini Di Sidang Dewan Kelantan

Posted on

Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-14 di Kompleks Kota Darulnaim pada Isnin dibuat dengan cara yang berbeza berbanding kebiasaannya.

Selain tanpa tanpa istiadat perbarisan Pasukan Kawalan Kehormatan, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V juga tidak bertitah panjang.

Baginda sebaliknya berkenan menyerahkan slot titah ucapannya kepada Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Nasuruddin Daud menyampaikan tazkirah.

Sesi tazkirah menerusi rakaman video itu mengambil masa kira-kira 10 minit.

Nasuruddin menyentuh mengenai salam dan pengertiannya, takrifan ‘Rahmatan Lil’alamin’ mengikut pandangan Islam serta larangan Allah terhadap golongan songsang .

Selesai tazkirah, Sultan Muhammad V berkenan merasmikan istiadat tersebut semata-mata.

Kali ini baginda bertitah menggunakan dialek Kelantan.

” Dengan lafaz bismillahirrahmannirrahim, maka dengan ini beta merasmikae pembukoae persidangae pertamo bagi tempoh penggal keduo dewae negeri Kelate ke Pat Belas, tahun 2019..”
Berikut ucap baginda dalam loghat negeri Kelantan.

LIHAT VIDEO DI BAWAH

Terdahulu Sultan Muhammad V menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia pertama meletakkan jawatan dalam sejarah 15 orang Ketua Umum Negara.

Bagaimanapun, Baginda bukanlah Sultan Kelantan pertama yang pernah dilantik selaku Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Muhammad V bukanlah Agong pertama tidak tamatkan tempoh YDPA

1) Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim dari Kelantan

Sebelum ini pada 19 Jun 1975, Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim telah dipilih oleh Majlis Raja-raja sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Namun, Baginda mangkat akibat serangan jantung pada 29 Mac 1979 di Istana Negara Kuala Lumpur selepas santapan tengahari

Ini bermakna, kedua-dua tokoh legasi diraja Kelantan yang pernah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong tidak sempat untuk menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Ketua Umum Negara.

Beberapa Yang di-Pertuan Agong juga pernah berdepan dengan situasi tidak menamatkan tempoh pemerintahan namun kesemuanya kerana kemangkatan.

2) Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah – Sel

Selain Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim dari Kelantan, senarai tersebut termasuklah Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor, pada 1 September 1960) dan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah (Sultan Selangor, pada 21 November 2001)

Berbalik kepada Sultan Muhammad V, Baginda juga mencipta sejarah pada tahun 2018 apabila menjadi Yang di-Pertuan Agong pertama yang memerintah di bawah 2 pucuk kepimpinan kerajaan berbeza.

Ini kerana selepas tempoh 60 tahun, kerajaan Barisan Nasional telah digantikan dengan kerajaan Pakatan Harapan di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Baginda juga akan diingati sebagai satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang memerintah tanpa kehadiran Raja Permaisuri Agong di sisi.

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.