Terkini Juruteknik MAHB dirempvh kapal terbang men1nggal dunia. Ini Kenyataan Pihak MAHB. Al- Fatihah

Posted on

JURUTEKNIK Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang parah dalam insiden di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, awal pagi semalam, men1nggal dunia petang tadi.

Mngsa, Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, menghembuskan nafas terakhir jam 6.45 petang tadi, men1nggalkan seorang isteri Nor Azawiah Md Usuf dan empat anak berusia setahun hingga 13 tahun.

MAHB dalam kenyataannya berkata, selepas menerima rawatan intensif hampir dua hari, Mohd Ruzaimi Iskandar, men1nggal dunia petang tadi.

“Ruzaimi adalah seorang kakitangan yang berdedikasi dan penuh dengan komitmen ketika bekerja. Dalam kalangan pekerja, dia sangat berbakat serta beretika.

“Kem4tiannya adalah satu kehilangan besar bagi MAHB. Kami akan membantu keluarganya bagi memudahkan proses pengebumian kerana keselesaan dan kesejahteraan keluarganya adalah keutamaan kami,” katanya.

Harian Metro hari ini melaporkan, seorang juruteknik MAHB parah pada kepala selepas kenderaan dinaiki dilanggar sebuah pesawat peribadi ketika mendarat di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, awal pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian 3.20 pagi itu, lelaki terbabit dipercayai berada dalam Perodua Kembara milik syarikat berkenaan untuk memantau kerja penyelenggaraan di landasan. Kejadian itu menyebabkan bahagian bumbung Perodua Kembara terbabit tercabut selepas terkena sayap pesawat berkenaan. Sumber harian metro.

Artikel berkaitan: Langgar kereta jurutera di airport, netizen dakwa pesawat peribadi VVIP Malaysia.

Keselamatan di tempat kerja merupakan satu keutamaan kepada setiap individu. Kemalangan yang berlaku semasa bekerja sebenarnya boleh dielak jika mengutamakan keselamatan dan mengikut langkah-langkah yang sudah ditetapkan.

Namun begitu, jika berlaku juga kecelakaan, ia mungkin berlaku disebabkan beberapa punca ataupun kelalaian yang tidak dapat dielakkan. Pesawat langgar kereta. Semalam, Harian Metro telah melaporkan bahawa terdapat satu kemalangan yang melibatkan sebuah pesawat peribadi dan juga kenderaan kejuruteraan Malaysia Airport Holding di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang.

Mngsa yang dikenali sebagai Ruzaimi Iskandar didapati cedera parah dan kini di rawat di hospital Ara Damansara Medical Centre.

Sedang kritikal: Menerusi maklumat yang diperoleh, pesawat tersebut ingin mendarat dan telah melanggar kereta jurutera yang ingin menyelenggara lapangan terbang itu. Hal ini menyebabkan berlaku kemalangan dan mngsa dilaporkan agak kritikal di hospital menerusi komen yang diperoleh daripada sahabat mngsa di Facebook.

Semoga lekas sembuh: Rata-rata netizen telah mendoakan agar mangsa cepat sembuh dan dapat menceritakan hal sebenar berlaku. Kemalangan tersebut juga telah menimbulkan tanda tanya mengenai pesawat peribadi yang melanggar kenderaan mangsa. Ada spekulasi mendakwa bahawa pesawat yang ingin mendarat itu milik seorang VVIP dari Malaysia.

Akan tetapi buat masa ini belum ada sebarang penjelasan daripada mana-mana pihak atas kemalangan tersebut. Diharap pihak terbabit dapat menyiasat kemalangan ini dan memaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa.

Pesawat peribadi VVIP?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.