(Video)Allahuakbar, Ular Sawa Sebesar Lengan Orang Dewasa Ditemui Menyorok Di Rumah Flat Tingkat 14

Posted on

Dalam keadaan musim atau cuaca tak menentu ni, ramai yang cakap haiwan berbisa seperti ular akan keluar dari sarangnya untuk mencari tempat yang lebih sejuk atau omputih cakap ‘cozy’ untuk berlindung.

Tapi tak logik dek akal jugaklah apabila baru-baru ni, seorang netizen merakamkan video viral menunjukkan seekor ular besar bersaiz lengan manusia dewasa ditemui sedang menyorok dalam rumah flat tingkat 14. Uish macam mana dia panjat naik setinggi tu??

“Ular tu menjalar di leher anak saudara perempuannya… Hasilnya mengejutkan semua, bagaimana ular sebesar itu ada di tingkat setinggi 14”

Menerusi perkongsian di FacebookPuan FZia, dia memaklumkan bahawa seekor ular sawa besar lengan orang dewasa telah ditemui dalam rumah jirannya bernama Ida. Lebih mengejutkan, bagaimana ular sebesar itu berjaya naik ke tingkat 14??

“Secara tidak logik, ular sawa besar lengan orang dewasa berada dalam rumah flat blok C tingkat 14 rumah ida jiran sy.

“Ular itu menjalar di leher ank saudara perempuannya berumur 18 tahun.. Apabila menyedari ular tu, dia terus menepis.. dan melarikan diri dan keluar dr bilik tidur dan menalipon sy dan suami segera ke rumahnya dalam jam 5 pagi tadi..

“Setengah jam kemudian bomba datang.. Hasilnya amat mengejutkan semua, bagaimana ular sebesar itu boleh berada di tingkat setinggi 14..”

Menyorok di bawah katil rupanya…

Antara banyak-banyak video yang dikongsikan netizen ini, admin paling ngeri melihat anggota bomba mengeluarkan ular tersebut dari bawah katil mangsa. Nasib baiklah dia tak belit mangsa masa tengah tidur kan? Besar dan panjang pulak tu ular tersebut. Takuttt!

Apa-apapun admin pesan kepada korang semua sama ada duduk di rumah bawah ke atau rumah flat, berhati-hati dan sentiasa pantau keadaan sekeliling rumah. Haiwan sejenis ni pandai menyembunyikan diri.

Sumber: lobak merah via fb:puanfzia : menujukebenaran.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.