Sekian Lama Berdiam Diri, Neelofa Tampil dedah Kemelut yg melanda Kakaknya, Noor Nabila.

Posted on

Siapa yang tidak kenal, Pengacara popular, Neelofa Mohd Noor, 30, yang kini sedang sibuk membuat persiapan akhir program Anugerah Melet0p bulan April nanti. Sebelum ini, Kakak beliau, Noor Nabila dikatakan tidak sebumbung dengan Sharnaaz Ahmad. Netizen ada mengemukakan pendapat bahawa, Neelofa antara punca kenapa abang iparnya keluar dari rumah mereka.

Neelofa tampil, mendakwa tuduuhan dirinya menjadi punca kemelut rumah tangga kakaknya sebagai tidak masuk akal.

“Saya sayang kakak saya, sayang anak saudara saya. Semua tuduuhan itu tidak masuk akal,” katanya ketika ditemui pada sebuah acara, di sini hari ini.

Neelofa berkata demikian ketika mengulas komen netizen yang menyalahkannya sebagai punca pergolakan hubungan antara Noor Nabila, 35, dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad, 33. Bagi beliau, tidak perlu dilayan komen2 mengarut dari netizen. Itu hanya andaian.

Saling berbalas hint di laman sosial

Pasangan yang dikurniakan seorang cahaya mata berusia lapan bulan, Jebat Jayden, itu dikatakan berantakan apabila aktor terbabit beberapa kali berkongsi status di laman sosial, seakan-akan membayangkan situasi dilaluinya sekarang.

Pelakon dan usahawan terkenal itu terheret sama dalam g0ssip netizen terbabit gara-gara meninggalkan komen ringkas di status Instagram kakaknya, yang dilihat seperti membalas kenyataan Sharnaaz.

Tolong beri sokongan

Begitupun, Neelofa pada masa sama berharap semua pihak turut mendoakan kesejahteraan pasangan berkenaan.

“(Saya) Harap orang ramai, rakan dan keluarga boleh menjadi penyokong terbaik buat mereka. Orang luar tak tahu apa yang mereka lalui,” katanya lagi.

Nabila dan bintang filem Juvana serta Darah Pannas itu mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.

Adat rumah tangga memang ada pasang surutnya. Biar masa menentukan. Apa2 pun kita doakan yg terbaik demi Nabila & Sharnaaz. Amin.

Sumber : Harianmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.