TEKA-teki krisis rumah tangga pelakon Rashidi Ishak, 46, dan Vanidah Imran, 46, akhirnya terungkai apabila aktor berkenaan tampil mendedahkan mereka sudah pun bercerai pada 9 Ogos 2018.
Rashidi menerusi Instagram berkata, mereka sengaja merahsiakan perkara itu bagi melindungi dan menghormati perasaan keluarga serta ingin menjaga privasi.
“Saya minta maaf kerana merahsiakan berita dan maklumat ini. Saya dan Vanidah secara rasmi mengakhiri rumah tangga yang dibina selama 17 tahun di hadapan hakim Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
“Dari lubuk hati paling dalam, saya ingin berterima kasih kepada anda semua yang selalu menyokong kami terutamanya sokongan anda kepada Vanidah, yang berjaya dalam karier dan kehidupannya,” katanya.
Pelakon filem Untuk Tiga Hari itu berkata, kegagalan pentadbiran dalam mana-mana institusi adalah disebabkan kelemahan pemimpin dan tidak cekap.
“Didorong oleh rasa tidak puas hati dalam tempoh yang lama selain rasa ditindas oleh pemimpin, perubahan adalah apa yang mereka inginkan.
“Dalam perkahwinan, keruntuhan rumah tangga adalah kesalahan imam. Mungkin benar atau sebaliknya tetapi pemimpin yang baik akan selalu bersinar sama ada dalam situasi buruk mahupun baik.
Pengakuan Rashidi yang buat netizen terharu :
“Saya bukanlah seorang imam yang baik,” katanya.
Pasangan itu berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua anak iaitu Mikhail Imram dan Maryam Rashika.
Terdahulu, khabar angin mengenai perceraian pasangan itu diperkatakan sekitar Ogos tahun lalu, bagaimanapun mereka enggan mengulas lanjut.
Jom Lihat Apa Kata Netizen :
“Saya bukanlah seorang imam yang baik,” katanya. Xmalu mengaku kesilapan diri. Jarang laki mcm ni. Ramai biasanya salahkan pompuan
Imam al-Ghazali ditanya : Bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai ? Jawab Imam al-Ghazali : ” Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia “
sayng da lama kawin..da tau buruk baik luar dalam,alngkah baik nye jika mereka renung kembali.masa yg di ambil membina bahagia 17 th..bukan sekejap,melafazkan sunggh mudah
Kita sebagai hamba Allah bukan sempurna …kita semua ada kelemahan dn kelebihan.Ujian dugaan hidup semua di tgn kita…perlu kekuatan iman yg kuat..pd Alllah kita bermohon agar terus istiqamah dn positif ..moga ada hikmah di sebalik prpisahan demi anak2 fikirkn lh…moga esok lebih baik dr smlm
Remy ishaq putus tunang mael baru 5 halaman buat assignment, skg ni pula vanish imran pula sah bercerai, aishh stress minggu ni byk assignment, selamatlah ketua bawang yg atas sekali tak tegas sgt, kang kena marah assignment byk tergendala.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber : Harian Metro