CCTV terakam “Malaikat terbang”. Ini pandangan beberapa Ustaz selepas Rakaman Video ini dirujuk

Posted on

KUCHING: “Saya menyimpan rakaman itu sejak kira-kira tiga tahun lalu kerana bimbang ada yang mempersendakan, tetapi selepas mendapatkan nasihat daripada mereka yang arif dalam hal agama, kini saya sedia mendedahkannya kepada umum,” kata Jasni Ali Seman.

Pesara guru berusia 60 tahun itu berkata demikian ketika mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya di Matang Jaya pada 2016.

Rakaman berdurasi 51 saat itu jelas memaparkan objek putih terbang di halaman rumahnya sebelum ia hilang.

Beliau berkata, sejak melihat rakaman itu, beliau bertemu dengan beberapa ustaz bertanyakan apakah sebenarnya objek itu.

“Kejadian itu dirakam selepas waktu subuh pada bulan Ramadan 2016 dan saya menyedarinya ketika meneliti rakaman CCTV yang saya lakukan setiap seminggu sekali,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jasni berkata, selepas itu beliau bertemu dengan beberapa ustaz dan mereka menjelaskan ia adalah malaikat.

“Ustaz menasihatkan saya, sebagai orang yang beriman, kita harus percaya kepada malaikat dan ada sebab ia menunjukkan dirinya dalam rakaman CCTV itu.

“Pada mulanya, saya tidak berhasrat untuk menghebahkan kejadian itu, tetapi kini saya bersedia untuk sekadar berkongsi dengan orang ramai apa yang berlaku ketika bulan Ramadan itu,” katanya.

Beliau berkata, selepas rakaman itu, beliau kerap memeriksa CCTV di kediamannya itu.

“Bagaimanapun, sehingga kini tiada lagi objek serupa yang dirakamkan,” katanya.

VIDEO:


Mengapa kita tidak boleh melihat malaikat?

Malaikat diciptakan dari suatu unsur yang sangat halus dan baik iaitu cahaya yang di luar kemampuan manusia untuk melihat.

Selain tidak dapat melihat malaikat, manusia juga tidak dapat melihat fikiran dan roh manusia, tetapi mereka tidak akan merasa ragu akan kewujudan akal dan roh mereka. Penglihatan kita hanya mampu melihat unsur yang besar, jadi sangat terbatas. Tetapi sesuatu yang ada tidak terbatas pada apa yang kita boleh lihat sahaja. Orang yang berfikiran materialistik hanya menyangka bahawa ruang kewujudan hanya terdiri daripada harta benda. Tetapi, tahap kewujudan yang paling rendah, paling lemah dan paling tak berasas adalah harta benda. Jadi, bila-bila pun dia boleh buruk, habis, berubah dan mati. Hanya jika roh dan kehidupan memasuki duniawi,ia menjadi bernilai dan meningkatkan kewujudannya.

Sebagai contoh, yang paling penting dari manusia bukanlah raganya tetapi rohnya. Karena tanpa roh, raga tidak dapat dilihat walaupun mempunyai mata, tidak dapat mendengar walaupun mempunyai telinga, dan tidak dapat bercakap walaupun mempunyai lidah.

Malaikat juga punya roh tetapi tidak punya raga.Dengan roh mereka, mereka bisa mencintai, berfikir, menyembah dan bertasbih kepada Allah. Tubuh mereka bukanlah tubuh yang tidak boleh terbang, tinggal di dasar laut,berlari secepat kijang, tidak seperti manusia. mereka mempunyai tubuh yang dapat merasuk ke dalam apa saja seperti cahaya (nur). Semakin banyak cahaya dan kewujudan yang yang menyinari, semakin mudah cahaya itu menembusi ke dalam sesuatu yang tersembunyi. Sinar X dan cahaya lampu adalah contoh kebenaran ini.

Dapat kita katakan bahawa seperti malaikat yang diciptakan dari unsur yang sangat halus iaitu cahaya, suara,percakapan,wangian juga adalah sesuatu yang penglihatan kita tidak cukup kuat untuk melihatnya

sumber: bharian , soaljawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.