Tadi ke Giant cari barang rumah dengan husband. Tengah nak cari deodorant terjumpa botol brand Enchaunter ini.
Mata tiba-tiba berair. Dada tiba-tiba terasa berrat.
Dulu, inilah brand favourite almarhum nenda saya yang tersayang. Saya panggil nenek dengan panggilan Mok. Mok suka sangat pakai bedak Enchaunter ni satu badan lepas mandi, sampai bedak masih meIlekat di muka.
Jadi setiap kali bau bedak Enchaunter ni, saya akan teringatkan Mok.
Saya membesar dengan doa Mok. Mok suka mengaji dan selalu jaga solat sehinggalah ke akhir hayatnya. Tubuh badan beliau sihat, tak macam orang sebayanya.
Waktu kecil dan waktu masih bersekolah, saya banyak di rumah nenek sebab umi akan busy gila jadi tukang masak dan berniaga setiap hari cari rezeki. Takda orang jaga saya so senang bila melepak di rumah nenek. So kami sangat rapat, sampaikan masa kecil dulu saya pernah cakap pada atok nenek saya,
“Kalau mok dengan atok dah tiada, Fara nak ikut juga, nak tanam sekali”.
Ini waktu kita masih kecil. Bila sudah membesar, saya akan sentiasa minta mok doakan saya dalam semua perkara terutamanya waktu exam.
“Mok doalah dapat straight A PMR ni. Mok doalah dapat straight A Spm ni, nanti jadi doktor senang. Boleh tolong semua orang”
Dan mok doakan selalu. Sentiasa solat hajat, sentiasa bangun malam tahajud untuk cucu dan anak-anak agar murah rezeki dan berjaya. Makbul betul doa mok, sebabtu saya suka minta doa dengan mok.
Saya terkilan dengan diri saya pada akhir usia mok. Dah menginjak dewasa, saya jadi tersangat sibuk dengan bisnes. Hp 24 jam di tangan, nak pandang muka orang pun kadang-kadang tak sempat. Orang bisnes pasti faham situasi ini.
Kita jadi tak menang tangan. Yelah, semua orang memerlukan kita, we need to be there for them semampunya. Customer, agent, team dan staf. Masalah itu masalah ini, semua atas kepaIa kita.
Kita jadi busy dan strress.
Nak balik kampung? Saya rasa sangat payah sebab internet connection kat kampung sana memang sangat teruk. Berpusing je signal tu macam otak berpussing juga bila tak boleh access internet.
Mok save semua gambar anak dan cucunya di hp nokia buruk beliau. Hp tu hanya boleh call, mesej dan ambil gambar bIur sahaja. Itupun, kita tak call. Waktu rindu, mok akan tengok gambar itu.
Pada akhir-akhir hayat mok, saya berada pada kemvncak career saya. Cukup busy, cukup penat dan juga kesihatan saya pada waktu itu adalah paling tervk.
Ditambah pula saya kena sihiir truk waktu tu, ustaz-ustaz akan selalu datang rumah untuk ruqyah. Strress masalah kerja, masalah kesihatan semua bergabung. Jadi saya tak ada masa nak melayan benda-benda ‘remeh’ waktu itu.
Satu hari yang paling saya ingat dan menyesal sekali adalah apabila saya tengah busy kerja di bilik, tiba-tiba mok buka pintu dan menjengah masuk untuk cakap dengan saya.
“Fara tolong buat milo, dahaga sangat, nak minum milo”
Saya rasa sangat tak kuasa nak melayan sebab kepala tengah pack dan saya str3ss, saya pura-pura tidur dan buat tak dengar saja. Dan mok cakap banyak kali dengan saya dan akhirnya beliau berlalu pergi dan tutup pintu bilik, mukanya sediih.
Dan pada hari itu mok tak dapat minum milo yang dia nak sangat padahal mok dahaga. Milo kosong tanpa susu atau gula, itulah favourite mok.
Haritu juga hanya ada saya dan mok dirumah, orang lain keluar ada urusan. Mok akan tinggal sekejap-sekejap dirumah semua anaknya.
Dan saya ignore permintaan mok walaupun saya mampu. Padahal dulu mok selalu masak macam-macam yang sedap untuk saya, bahkan akan selalu masak masakan favourite setiap kali jumpa. Mok mesti nak entertain dan raikan kita, masak yang best-best dan sedap-sedap untuk anak cucu dia makan.
Satu pagi, saya dikejutkan sebab mok tiba-tiba terkenciing dalam kain di luar bilik sebab tak sempat masuk tandas. Melimpah air kenciing merata-rata sudahlah rumah dua tingkat. Air kenciing mengalir sampai ke tingkat bawah.
Padahal malam sebelumnya saya tidur lambat sebab siapkan kerja, hanya terlelap beberapa jam saja dah kena bangun. Kepala pun berdenyyut saket.
Saya termarah mok kenapa tak pakai pampers, pagi-pagi hari lagi kena cuci kenciing. Waktu tu sangat str3ss. Betul-betul menc4bar kesabaran. Tengah saket kepala, saya tarik mok ke tandas untuk cuci, adik Erin Sha’are pula bersihkan air kenciing. Saya just nak settlekan cepat-cepat sebab nak sambung tidur.
Itulah hari-hari terakhir mok yang saya masih ingat sampai sekarang. Tiada kasih sayang, yang ada hanyalah saya yang tak melayan. Ada sangat banyak kekesaIan dalam hati yang masih berd4rah lagi.
Sampailah pada satu malam ketika saya sekeluarga tengah rawatan ruqyah, hanya selepas beberapa minit selesai. Kami terima phone call dari Terengganu mengatakan mok sudah tiada. Apa yang terjadi, cukuplah hanya kami yang tahu.
Hanya sekelip mata sahaja dan saya hanya mampu menggelengkan kepala tak percaya. Saya merasakan kekecewaan yang cukup besar tak terluahkan bila ia terjadi. Hanya kepada Allah tempat kita berserah.
Ustaz kata sabar, sudah ketentuan.
Kami terus pecvt balik ke kampung untuk proses pengkebummiaan mok. Sepanjang jalan hanya bertemankan air mata, saya hanya mampu menggelengkan kepada apabila teringatkan semuanya.
Mok sangat supportive, mok akan beli abaya dan produk yang saya jual sebab nak support. Mok masih ada duit dari pencen peninggalan atok, walaupun hanya berapa ratus je duit yang mok ada. Mok sentiasa support.
Saya saksikan jenazzah dimandikan. Tiada apa yang mampu dilafazkan, hanya air m4ti kek3salan yang jatuh ke bumi.
I should have done more.
I should have give more.
I could do better.
I wish it was different.
Itulah kegagalan terbesar yang masih membekas di hati sampai hari ini. Saya kerja kuat untuk keluarga, tapi kerana kerja juga kita mungkin jadi alpa dan terlupa.
Buat yang masih tinggal dan masih ada. Hargailah setiap saat dan masa yang masih berbaki dengan orang tersayang. Hilang orang tersayang, hilanglah satu doa ikhlas buat kita tanpa hijab.
Jadikanlah kesaIahan saya ini sebagai pengajaran buat semua yang membaca. Hargai dan jagalah hubungan ibu bapa, atuk, nenek dan keluarga kita sebaiknya selama masih ada, sebelum nanti menyesal tatkala tiada.
Mohon doakan almarhum nenda saya yang baik hati ini ditempatkan dikalangan orang beriman dan mendapaat syafaat Nabi Shollahu3alaihi wasallam.
Al Fatihah kepada, Hajjah Ramlah bt Ahmad, 15 Oktober 2016. Jika ada satu peluang, Fara nak minta maaf dan pelvk civm mok. Nak bau bedak Enchaunter tu, nak bagi mok minum air milo sebanyaknya.
#Mok
#FamilyFirst
#SyarifahFuraiha
Sumber FB : SyarifahFuraiha