Sempena Musim Bunga, Starbucks Memperkenalkan Menu Baharu Yang Bertemakan Bunga Sakura Disukai Ramai!

Posted on

Baru-baru ini, rangkaian kafe terkenal, Starbucks Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka mengeluarkan dua menu minuman baharu yang diilhamkan oleh bunga sakura. Untuk makluman anda, pada masa ini, musim bunga telahpun bermula dan hal ini bermaksud bunga sakura sedang mula berkembang mekar di negara asalnya.

Kredit: Insta-Stalker

Oleh itu, bersempena dengan musim bunga bagi tahun ini, Starbucks memperkenalkan dua menu minuman baharu – Azuki Blossom Creme Frappuccino dan Matcha Azuki Blossom Creme Frappuccino. Kedua-dua menu ini boleh didapati di cawangan-cawangan Starbucks mulai 26 Mac 2019 dengan harga bermula dari RM17.50 dan keatas.

Di samping itu, Starbucks juga ada memperkenalkan barangan cenderamata jenama mereka yang sangat cantik dan bertemakan musim bunga. Berikut adalah beberapa barangan cenderamata yang sudah boleh didapati:

Sumber: Great Deals Singapore

Tidak cukup dengan itu, bekas minuman panas Starbucks ini juga boleh ditempah khas (customise)mengikut cita rasa anda sendiri!

Kredit: World of Buzz

Selain itu, Starbucks juga mahu anda merasakan sendiri keindahan musim bunga walaupun anda tidak berada di negara empat musim dengan menyaksikannya melalui teknologi AR (artificial reality). Apa yang perlu anda lakukan hanyalah:

  1. Imbas Kod QR yang boleh didapati di semua cawangan Starbucks, untuk mendapatkan akses ke Facebook AR Camera.
  2. Cari pelekat Cherry Blossom di kedai mereka.
  3. Imbas pelekat Cherry Blossom berkenaan untuk memulakan pengalaman AR.
  4. Ambil gambar atau video dan kongsikannya di laman sosial anda. Jangan lupa untuk menanda (tag) sekali akaun rasmi Starbucks Malaysia untuk berpeluang memenangi barangan cenderamata Starbucks dengan kristal Swarovski.

Kredit: Starbucks Malaysia/Facebook

Di samping itu, Starbucks juga memberikan sentuhan baru kepada menu Caramel Macchiato klasik kerana bermula 26 Mac juga, anda boleh menempah khas minuman kegemaran ramai ini dengan menggunakan susu badam atau (untuk kali pertama di Malaysia) santan!

Ini sememangnya tawaran yang hebat!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Sumber: World of Buzz, Starbucks Malaysia/Facebook via EraBaru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.