Tiga Beranak ‘Pergi’ Bersama. Nenek Kongsi Apa Yang Berlaku Sebelum Kejadian Buat Ramai Sebak

Posted on

Tiada seorang pun ahli keluarga mengetahui rancangan Nor Hasidah Asbullah untuk pulang bercuti ke rumah ibunya di Felcra In-Situ Hulu Berang, Terengganu dan arwah dipercayai mahu membuat kejutan.

Malangnya, kejutan itu menjadi berita duka yang memilukan buat ahli keluarga wanita berusia 32 tahun itu apabila dia mening gal dunia bersama dua anak, Nur Auni Athirah Kamaruddin, 8, dan Muhammad Iffat Rizqi, 2.

Mereka terbabit kema langan di Kilometer 55, Jalan Nenasi-Rompin dekat Pekan, 9.45 pagi hari ini.

Ibu Nor Hasidah, Gayah Mat Aruf, 54, berkata, sudah menjadi kebiasaan anaknya itu untuk memaklumkan kepada dia jika mahu pulang ke kampung.

“ Malangnya hari ini dia tidak beritahu saya apa-apa pun. Ketika melihat gambar kema langan yang ada kanak-kanak iras cucu, Nur Auni Athirah tular di WhatsApps yang ditunjukkan rakan, hati saya berdebar tiba-tiba.

“ Ketika itu, saya cuba menghubungi Hasidah tetapi panggilan tidak berjawab. Saya kemudian menghubungi anak lain dan mereka hanya meminta supaya saya berdoa semoga semuanya selamat.

“ Pada 12 tengah hari barulah saya tahun yang Hasidah dan dua cucu saya sudah tiada. Ia sangat menyentak hati dan hilang kata-kata dibuatnya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pekan.

Dalam kejadian itu, suami Nor Hasidah, Kamaruddin Mohd Zin, 33, serta seorang lagi anak mereka, Nur Syadni Syakirah, 3, par4h dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Kandungan

Nenek sebak bercerita tentang cucu yg ma ut

Bercerita lanjut, Gayah berkata, Nur Auni Athirah dan Muhammad Iffat Rizqi sememangnya rapat dengannya dan akan ‘berkepit’ dengannya setiap kali pulang ke kampung.

“ Mereka selalu kata mahu berjalan dengan ‘Tok Wan’ (Gayah) dan langsung tidak menghiraukan ibu ayahnya (apabila di kampung). Mereka memang manja dengan saya.

“ Kali terakhir saya berjumpa mereka pada Februari lalu apabila menantu menghantar pulang orang tuanya ke rumah mereka di Marang tetapi ketika itu mereka tidak menunjukkan sebarang kelainan,” katanya.

Sementara itu, ibu Kamaruddin, Selmor Salleh, 61, pengsan disebabkan terlalu terkejut selepas dimaklumkan kejadian yang menimpa menantu dan cucunya.

Katanya, Kamaruddin sebelum ini pernah pulang ke kampung tanpa memberitahunya tetapi tetap memaklumkan adik-beradiknya yang lain.

“ (Hari ini) Tiada seorang pun anak-anak saya tahu yang Kamaruddin mahu pulang. Mungkin dia mahu membuat kejutan namun ia akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang menyedihkan,” katanya.

Jena zah tiga beranak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Felcra In-Situ Hulu Berang, malam ini.

Tiga beranak ma ut dalam kemala ngan

Tiga beranak ma ut dalam kema langan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 55 Jalan Nenasi-Rompin berhampiran Kampung Badong, hari ini.

Dalam kejadian 9.45 pagi itu, mangsa yang ma ut adalah Nor Hasidah Asbullah, 32, dan dua anaknya, Nur Auni Athirah Kamaruddin, 8, dan Muhammad Iffat Rizqi Kamaruddin, 2.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, kema langan itu membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dan lori membawa ais.

Katanya, ketika kejadian Perodua dinaiki lima beranak itu dalam perjalanan dari Pasir Gudang, Johor untuk pulang ke kampung mereka di Ajil, Terengganu.

“ Sebaik tiba di tempat kejadian, MPV dipandu Kamaruddin Mohd Zin, 33, hilang kawalan dan berpusing ketika melalui kawasan berselekoh hingga menyebabkan kenderaan itu memasuki laluan bertentangan dalam keadaan melintang sebelum melanggar lori ais.

“ MPV itu kemudiannya terjunam ke dalam parit dan tiga mangsa tercampak dari kenderaan itu dan mening gal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Kamarudin dan seorang lagi anaknya, Nur Syadni Syakirah, 3, par4h dan menerima rawatan di Hospital Rompin.

Amran berkata, pemandu lori ais, Mohd Saiful Bahari Berahim dan kelindannya, Mohd Fazieran Rozinor turut cedera dan menerima rawatan di hospital yang sama.

May4t ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

“ Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.