Selepas gelar Tun M bekas diktator, Ini serangan terbaru Nurul Izzah terhadap PM

Posted on

KUALA LUMPUR – Kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengenai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan pandangan terbukanya dan sesuai dengan prinsip keterbukaan yang diamalkan oleh parti gabungan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, parti gabungan PH tetap kekal menyokong kepimpinan Mahathir, namun ahli partinya bebas menyuarakan pandangan sekiranya mempunyai pendapat berbeza.

“Kita dalam PH sudah jelaskan untuk beri ruang dan sokongan terhadap usaha Tun Mahathir. Tidak bermakna kita tidak boleh berbeza pendapat. Ada sesetengah orang fikir ini macam kerajaan terdahulu yang tidak boleh mengkritik.

“Itu pandangan dia (Nurul Izzah) dan ia sudah lama berlaku tapi diperbesarkan The Straits Times. Semua pihak faham dan setuju kepada perjanjian persefahaman antara kalangan kita namun baik kita tumpu kepada agenda pembangunan ekonomi dan membela nasib rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.

Anwar diminta mengulas kenyataan Nurul Izzah yang dilapor media Singapura, antara lain menyifatkan Mahathir sebagai bekas diktator.

Dalam pada itu, Anwar menyifatkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini bahawa Mahathir seorang pemimpin yang tegas dan bukannya seorang diktator sebagai cubaan membodek. – Bernama

Gelaran ‘bekas diktator’ itu adalah fakta, kata Nurul Izzah

KUALA LUMPUR: Nurul Izzah Anwar mempertahankan kenyataannya bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah ‘bekas diktator’, seperti yang diungkapnya dalam satu temubual bersama media antarabangsa baru-baru ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, gelaran ‘bekas diktator’ itu adalah fakta yang diketahui semua orang, dan itu bukan pertama kali beliau sebut secara terbuka.

Katanya Nurul Izzah lagi, kenyataan itu sering diungkapkan beliau sewaktu kempen menjelang pilihan raya umum, sewaktu himpunan Bersih dan sebagainya.

“Saya tak faham kenapa menyebutnya dalam forum yang berlainan, tetapi mesejnya sama, adalah satu masalah,” katanya kepada sidang media di lobi Dewan Rakyat, di sini hari ini.

BACA: ‘Saya pun kecewa dengan dia orang’ – Tun M komen kenyataan Nurul Izzah

Dalam wawancaranya bersama akhbar Singapura baru-baru ini, Nurul Izzah meluahkan rasa kecewanya dengan kerajaan PH yang gagal menunaikan janji dan gagal menggerakkan agenda reformasi sepertimana sepatutnya.

Dalam kenyataan itu, Nurul Izzah meluahkan isi hati beliau yang sukar bekerja dengan ‘bekas diktator’ yang dakwanya telah menyebabkan pelbagai kerosakan, bukan sahaja dalam kehidupan keluarganya, malah pemerintahan negara.

Mengulas mengenai kenyataan beliau berhubung prestasi kerajaan, Nurul Izzah berkata, tidak ada salahnya untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian sekiranya ia merupakan sesuatu yang benar.

“Saya cakap mengenai reformasi negara bergerak perlahan, takkan tak boleh bagi sedikit komen membina,” katanya lagi.

VIDEO

1 comment

  1. rupa nya pkr mengamalkan keterbukaan terpilih masa azmin suatakan masaalah ada suara menyalahkan azmin kerana bersuara terbuka tidak melalui saluran bila orang lain buat di katakan keterbukaan tak salah masa pemilihan pati pjr dulu pun kata tak menyebelah sesiapa tapi ramai yang mengaku menyokong pihak tertentu secara terbuka jadi orang bawah ni pening yang mana satu betul, sampai timb presiden pun tidak di calon jadi menteri adakah pemerentahan parti di kuasai setengah golongan sahaja bukan melalui permuafakatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.