SHAH ALAM – Jururawat Institut Jantung Negara (IJN) Siti Shafika Amira Mohd Rasani yang membuat kritikan terhadap kenyataan Doktor Pakar Bedah Forensik Hospital Kuala Lumpur, berhubung kema tian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, memberi keterangan ‘pusingan U’ (U-Turn) berbanding hantaran di Facebook miliknya, Cik Miera, Jumaat lalu.
Siti Shafika, yang merupakan saksi ke-25, Inkues Kem@tian Muhammad Adib, mengakui hantaran melalui akaun Facebooknya berdasarkan emosi semata-mata.
“Saya mengikut emosi dan perasaan kerana beberapa hari sebelum itu, saya ada membaca mengenai saksi yang kehilangan telefon,” katanya.
Menurutnya, dia juga ada dimaklumkan oleh pembantu perubatan, Mohammad Ashraf Baruji bahawa Muhammad Adib dipukul.
“Saya tidak pasti sama ada Asyraf beritahu saya sebelum atau selepas kem@tian Muhammad Adib.
“Asyraf ada beritahu dia tanya Muhammad Adib kena pukul ke, tetapi Adib menggeleng kepala pada pertanyaan pertama dan kedua serta Adib mengangguk pada pertanyaan ketiga,” katanya.
Justeru, Siti Shafika,27, yang berpengalaman selama enam tahun dalam bidang itu membuat permohonan maaf.
“Kepada doktor, saya meminta maaf kerana bertindak mengikut emosi tanpa mengetahui fakta sebenar kejadian.
FOTO (ATAS): Kenyataan Cik Miera di Facebook sebelum ini yang telah mendapat perhatian umum
“Saya juga memohon maaf kepada semua terlibat kerana ia telah menimbulkan kekecohan,” katanya pada pemeriksaan utama oleh Pegawai Pengendali Inkues Zhafran Rahim Hamzah hari ini.
Jururawat itu memberitahu, dia telah dipanggil oleh Ketua Jururawat dan Pengurus Besar Jabatan Sumber Manusia IJN untuk penjelasan berhubung kenyataannya di Facebook.
“Setakat ini tiada tindakan cuma untuk memperjelaskan sahaja,” katanya.
Terdahulu, Siti Shafikah memberitahu mahkamah, dia terlibat sebanyak tiga kali sepanjang Muhammad Adib dirawat di IJN.
“Kali pertama sewaktu Muhammad Adib tiba di IJN, saya sebagai jururawat oncall yang bertanggungjawab membantu doctor memasang mesin ECMO.
“Pada waktu itu saya melihat seluruh mukanya bengkak, cedera dada kiri dan kesan lebam pada pangkal peha,” katanya.
Menurutnya, kali kedua dia terlibat dalam rawatan Muhammad Adib sewaktu doktor mahu menukar VA ECMO kepada VB ECMO pada 2 Disember.
“Kali ketiga saya terlibat untuk membantu doktor mencari punca pendar ahan pada 3 Disember,” katanya.
Zhafran: Adakah kamu mempunyai kepakaran untuk menentukan punca kecederaan seseorang?
Saksi: Iya. Tidak mempunyai kepakaran.
Zhafran: Ada sesiapa yang cuba pengaruhi keterangan kamu di mahkamah hari ini?
Saksi: Tiada
Sumber : SinarHarian