CHRISTCHURCH: Tiada siapa menyangka bahawa hijab dan Selendang (scarf) yang dulunya menjadi satu imej yang fobia kepada masyarakat bukan Islam di Eropah, kini menjadi suatu budaya.
Jika dulu di Perancis, hijab dan kain penutup kepala bagi Wanita Muslim pernah dilarang mahkamah kerana didakwa punca ketakutan dan macam-macam alasan. Begitulah keadaan menunjukkan Islamoph0bia sangat kuat di sana.
Berlainan pula di New Zealand, Wanita New Zealand dilihat memakai selendang minggu lalu sebagai tanda sokongan kepada penduduk Islam seminggu selepas 50 orang dibu nuh dalam dua masjid bandar ini 2 minggu lalu.
Seorang doktor di Auckland, Thaya Ashman, muncul dengan idea ini iaitu menggalakkan wanita memakai selendang selepas mendengar seorang wanita terlalu takut untuk keluar kerana merasakan tudung kepala menjadikannya sasaran keganasan.
“Saya mahu mengatakan: ‘Kami bersama anda, kami mahu anda merasa di negara sendiri, kami menyayangi, menyokong dan menghormati anda,” kata Thaya.
Ketika penduduk bersiap sedia bersolat di sebuah taman di hadapan Masjid Al Noor, di mana mangsa dibu nuh pengg4nas Australia, Brenton Tarrant, minggu lalu, wanita di Auckland, Wellington dan di sini menghantar gambar mereka memakai selendang, sesetengah kanak-kanak turut memakainya.
“Mengapa saya memakai selendang hari ini? Alasan utama saya ialah jika sesiapa muncul sambil menghalakan senapang, saya mahu berdiri di antara penyerang dan sesiapa yang ditujukannya.
“Saya mahu mereka tidak dapat membezakan, kerana tiada perbezaan,” kata Bell Sibly di sini.
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dipuji minggu lalu kerana memakai selendang hitam ketika bertemu penduduk Islam susulan insiden temb4kan.
Seorang pegawai polis wanita berkawal di kawasan perkuburan di sini, di mana mangsa tembakan dikebumikan semalam, sambil memakai selendang dan sambil memegang senj4ta automatik di tangan. Suatu fenomena yang sangat mengujakan.
Rachel MacGregor, yang menyertai kempen Head Scarf for Harmony berkata, beliau merasa ragu-ragu keluar memakai selendang dan diperhatikan ketika memasuki bangunan pejabat.
“Ia memberi saya menghargai perasaan sebagai minoriti dan memakai pakaian yang biasanya tidak dipakai golongan majoriti,” katanya di Auckland. -Reuters