Dah Empat Kali Tangguh Kahwin, Last Terpaksa Putus Tunang Selepas Disahkan Hidap Kannser

Posted on

Hidup tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah. Begitulah gambaran nasib malang seorang pemuda apabila rancangannya untuk berkahwin dengan gadis pilihan terpaksa dilupakan.

Kalau sudah tertulis bukan jodoh selepas niat mahu mendirikan masjid ditangguh berkali-kali, hakikatnya amat pahit untuk ditelan.

“ Aku simpan duit kahwin, tiba-tiba famili minta aku tanggung untuk adik aku kahwin,” menurut perkongsian seorang pemuda di Twitter pada Isnin sehingga tular.

“ Aku simpan lagi, tiba-tiba dapat tahu ada yuran belajar adik aku tertunggak, ada yang baru nak sambung belajar. Aku simpan lagi, famili minta pinjam nak bayar pinjaman rumah tertunggak,” tambahnya menerusi perkongsian yang diulang kicau lebih 12,000 kali

Luahan Syafiq mengenai sebab dia menangguhkan hasrat untuk berkahwin beberapa kali.

Pemuda berkenaan, Syafiq Zamree, 27, mendedahkan dia putus tunang pada akhir tahun lalu dengan gadis pilihannya yang dikenali sejak 2015.

Mengikat tali pertunangan pada 2016, katanya, mereka merancang untuk berkahwin pada awal 2018 tetapi terpaksa ditangguhkan sebanyak empat kali.

“ Pada mulanya, saudara-mara dan rakan-rakan sering mempersoalkan mengapa saya sudah ada calon dan bertunang, tapi masih tak kahwin-kahwin lagi sampai sekarang.

“ Jadi, saya luahkan di Twitter dengan menyatakan sebabnya sehingga memaksa saya terpaksa menangguhkan rancangan untuk berkahwin sehingga saya putus tunang pada akhir tahun lalu,” katanya kepada mStar Online.

Sebagai anak sulung daripada lima beradik, Syafiq memikul tanggungjawab besar dalam keluarga. Syafiq bertugas sebagai juruukur bahan dan terpaksa bekerja lebih masa untuk menabung.

Anak kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu ini mendedahkan setiap kali mahu menangguhkan hasrat itu, dia memberitahu bekas tunangnya ia disebabkan masalah kewangan yang dihadapi keluarganya.

Simpanan bukannya habis langsung, tapi bila dah guna dan simpan balik, ada lagi yang saya perlu bantu satu demi satu, yang dilakukan dengan rela hati.

Syafiq yang merupakan anak sulung daripada lima beradik berkata, dia memikul tanggungjawab besar terhadap keluarganya terutama ibu bapa yang mempunyai masalah kesihatan.

“ Saya ada tanggungjawab dan perlu memberi sokongan kepada mak ayah dan adik-adik. Tangguh kahwin kali pertama, kedua pihak sebelah sana masih boleh terima, tapi selepas itu agak sukar untuk mereka ditangguh-tangguh lagi.

“ Memang sakit putus tunang, tapi saya reda. Saya tak boleh paksa semua orang untuk terus tangguh, dan saya sendiri perlu terus memberikan sokongan kepada keluarga,” katanya sambil menambah bekas tunangnya kini menerima lamaran orang lain dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Pesanan Syafiq buat bekas tunangnya.

Menjawab pertikaian netizen berhubung membiayai majlis perkahwinan adiknya, Syafiq yang bertugas sebagai juruukur bahan di Pengerang, Johor ini menjelaskan bahawa ia disebabkan hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan.

“ Adik saya sendiri sudah ada simpanannya untuk berkahwin. Tapi ada hal kecemasan menyebabkan dia terpaksa menggunakan simpanan daripada belanja kahwinnya itu.

“ Simpanan bukannya habis langsung, tapi bila dah guna dan simpan balik, ada lagi yang saya perlu bantu satu demi satu, yang dilakukan dengan rela hati,” katanya.

Bagi Syafiq, banyak pengorbanan yang dilakukannya untuk membuat simpanan termasuk perlu bekerja lebih masa sehingga lewat malam, menjadikan mi segera sebagai makanan harian termasuk berpuasa untuk berjimat-cermat.

Namun siapa sangka, pemuda ini dikejutkan dengan berita sedih apabila didianogsis penyakit kanser tahap satu menjelang pertunangannya yang hanya tinggal sejarah.

“ Saya tidak beritahu sesiapa mengenai penyakit kanser ini, keluarga dan bekas tunang pun tak tahu. Saya baru meluahkannya di Twitter semalam.

“ Nasib bertimpa-timpa dengan hal kewangan keluarga, saya tak jadi kahwin dan ada kanser. Tapi, saya tak putus harapan dan mahu ‘move on’ teruskan kehidupan.

“ Saya berdoa setiap hari agar diberikan kekuatan, untuk saya terus memberi sokongan kepada keluarga. Merekalah harta saya sekarang,” katanya yang enggan mengulas mengenai kanser berkenaan tetapi mengharapkan agar sembuh daripada penyakitnya itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.