Selebriti terkenal Hollywood, George Clooney menggesa agar rangkaian Dorchester Collection’s termasuk Hotel The Beverly Hills dan Hotel Bel-Air di California diboikot, selepas mendakwa pemiliknya, Sultan Brunei mendiskr1m1nasi komuniti hubung4n sejen1s.
Dalam ulasannya di laman berita Deadline pada Khamis, Clooney berkata, tindakan memboikot itu susulan laporan yang menyebut Brunei akan melaksanakan hukuman r3jam sampai ma ti terhadap pesalah z1na dan $ek$ sejenis.
” Pada 3 April ini, Brunei akan mula mer3jam sampai ma ti mana-mana rakyat yang terbukti menjadi g a y. Ini berita yang menunjukkan dunia autoritarianisme, hanya negara itu sendiri,” kata Clooney.
Dalam ruangannya, pelakon itu lantang menyuarakan pendapatnya kepada Sultan Hassanal Bolkiah yang juga ketua agensi pelaburan negara itu.
Kandungan
“Sultan Brunei adalah lelaki terkaya dunia”
” Sultan Brunei adalah seorang lelaki terkaya dunia. Dia memiliki Agensi Pelaburan Brunei dan mereka pula mempunyai beberapa hotel cantik.
” Mereka memiliki sembilan hotel paling eksklusif di dunia. Saya telah tinggal di tempat mereka sebelum ini tanpa mengetahui siapa pemiliknya,” katanya seperti dilaporkan media antarabangsa.
Menurut Clooney, beberapa tahun lalu, dua buah hotel di Los Angeles, The Bel-Air dan The Beverly Hills Hotel telah diboikot komuniti g a y.
” Hotel mereka bagus. Orang-orang yang bekerja di sana baik dan tidak kena mengena dalam pemilikan hotel ini.
” Tetapi biar semuanya jelas, setiap kali kita menginap di sini, kita seperti memilih untuk meletakkan wang secara langsung ke poket individu yang memilih untuk melaksanakan hukuman r3jam sampai ma ti terhadap pesalah z1na dan s3k$ sejenis di negaranya,” jelas beliau.
Sebagai reaksi balas kepada Clooney, pengarah komunikasi Beverly Hills Hotel, Brittany Williams berkongsi kenyataan dengan USA TODAY bagi pihak Dorchester Collection.
” Dorchester Collection (menekankan) kesaksamaan, rasa hormat dan integriti dalam semua bidang operasi kami serta menghargai kepelbagaian budaya di kalangan tetamu dan pekerja kami.
” Inklusi dan kepelbagaian tetap menjadi kepercayaan kerana kita tidak bertolak ansur dengan apa-apa bentuk diskriminasi,” katanya.
Brunei teruskan hasrat laksana hukuman r3jam?
Terdahulu kerajaan Brunei didakwa akan meneruskan hasrat untuk melaksanakan hukuman sebat atau r3jam sampai ma ti terhadap beberapa kesalahan termasuk h0mo$ek$, z1na dan r0g0l meskipun selepas dikritik hebat dan ditangguh hampir lima tahun,
Memetik kenyataan pihak berkuasa negara itu, beberapa portal antarabangsa sejak Rabu mendakwa, hukuman hudud akan mula dikuatkuasakan mulai bulan depan.
Reuters melaporkan pengasas pertubuhan hak asasi manusia The Brunei Project, Matthew Woolfe mendakwa negara itu mahu melaksanakan kedua-dua hukuman itu bermula 3 April ini.
Menurut Woolfe, perkara itu diketahui melalui kenyataan di laman web Peguam Negara yang dimuat naik hujung Disember lalu namun hanya disedari minggu ini.
“Kami sedang berusaha memberi tekanan kepada kerajaan Brunei namun masa yang ada begitu singkat sebelum undang-undang itu dilaksanakan,” kayta Woolfe seperti dilapor Reuters.
Bagaimanapun, isu ini menimbulkan perdebatan di laman sosial apabila segelintir pihak khususnya rakyat Brunei mendakwa laporan tersebut tidak benar, dan menyifatkan ia sebagai ‘recycle news’.
Bagi mendapatkan pengesahan berhubung perkara itu, Astro AWANI cuba menghubung Kedutaan Brunei di Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri Brunei bagi mendapatkan reaksi.
Bagaimanapun, sehingga kini pihak-pihak berkenaan tidak dapat dihubungi.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : astr0awan1