Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.
Zuriat merupakan kurniaan terindah bagi setiap pasangan. Kehadirannya dinanti-dinantikan. Rasa teruja membilang hari, bilakah si kecil penyeri hati keluarga ini akan lahir.
Seperti apa yang dirasai oleh ibu ini, Amelia Rasmi, apabila cahaya mata perempuan yang terlalu diharapkan selama ini lahir ke dunia. Namun siapa mampu menolak takdir Allah, anak yang dibelai dengan penuh rasa sayang hanya dipinjamkan sementara selama tiga bulan oleh Allah. Pemergiannya meruntun hati, secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda.
Qhaiyra Afina bayi comel seindah namanya ini, pergi dalam tidur. Hati ibu ayah mana yang tidak sedih, dunia seakan gelap. Segala impian untuk si anak hancur begitu sahaja. Ikuti luahan ibu ini seperti di bawah. Moga ibu dan ayahnya diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi dugaan ini. Sebak!
Assalammualaikum warga KIMM.. sekadar untuk berkongsi kisah saya… harini cukup 100 hari kehilangan syurga saya..
Separuh jiwaku pergi…. Qhaiyra Afina syurga mama..
Masa awal-awal dapat tau pregnant.. Alhamdulillah.. Adib & Afi jadi abang
tiap-tiap hari mama doa kali ni nak anak perempuan.
Alhamdulillah.. perut 6 bulan mama excited nak scan tengok gender.. nampak lips Dr. Kashfi kata… seronok dalam hati tak terkata. Dah niat dalam hati kalau dapat baby girl nak buat akikah kambing golek.. due 19/12/2018.
Sepanjang pregnant kat Afina, mama tak alah lansung.. bagus Afina jaga mama. mama usung pimai-pimai bawa Afina.. nak makan apa semua dapat. Ayah bawa p merata nak makan apa pun.
Start mama 29 & 34 minggu mama kena admit ward sebab ada weak contraction + free gift dexa 2 jarum kot Afina keluar awal. Sakit yang amat tapi demi Afina mama tahan jugak.
38 minggu.. mama duk pi keja lagi walaupun dah tak larat nak naik tangga. Jalan comel ja macam peguin kedek-kedek. Tapi start 4/12/18 mama duk rasa Afina kurang gerak.. perut pun dah sendat sebab scan Dr cakap Afina dh 3.4kg tapi tak sedap hati jugak mama terus pi PAC pastu terus kena tahan dan Dr maklum nak induce sebab baby kurang gerak..
So mama setuju induce sebab sebelum ni abang Adib dan abang Afi pun memang mama induce. 2 kali kena induce sampai terpaksa flush out balik ubat sebab hyper contraction tapi jalan tak buka. Dari pukul 3 petang smpai pukul 7 petang kat bilik ctg. 2 kali cvcuk ubat tahan sakit untuk redakan contraction.
6/12/2018
Mama tak sedar sampai jam 2.00 pg baru jaga terus p toilet dan terus turun tanda. Jam 3 pagi masuk lab0ur room… 3.14 pagi dah bersalin. Alhamdulillah dipermudahkan urusan bersalin. Mudah sangat bersalin kat Afina. Mama tak s4kit lama pun.
Ayah sempat tengok anak perempuan dia. Nurse letak syurga mama di dada dan tengok jantina. Senyum mama dan ayah.. gebunya dia.. pipi merah.. Tak sabar nak menyusu Afina. Then dah boleh balik rumah.. excited abang-abang dia seronok tengok adik perempuan depa..
Hari ke 13..
Mama rindu nak menyusu Afina. Mama rindu nak tukar pampers Afina. Mama rindu nak siap Afina cantik-cantik lepas tok bagi mandi. Mama rindu nak riba Afina. Mama rindu nak pelvk Afina.
Mama rindu nak dukung Afina sambil mama makan nasi. Mama rindu nak jaga tengah-tengah malam tengok Afina. Mama rindu bau syurga mama. Selama 12 hari Allah pinjamkan Afina.. dia tak banyak ragam.. kuning pun tak kena.. pusat luruh hari ke-5. Mudah sungguh aturan Allah bagi..
19/12/2018…
Sepatutnya due Afina tarikh ni.. tapi Afina tinggal kami semua semasa tidur..
Malam sebelum Afina meningg4l.. Afina jaga macam biasa.. nak susu dan mama tukar pampers.. tapi pukul 6 Afina jaga nangis mama bagi susu tapi Afina taknak susu terus sambung tido.
Mama pun terlelap dah sepanjang malam berjaga. Dalam pukul 8 lebih mama terjaga sebab abang Afi nangis nak susu. Mama bangun tengok Afina dulu.. nampak pucat tapi badan masih panas. Mama gerak ayah terus bawa Afina p kecem4san.. dalam red zone tu Dr usaha buat cpr hampir setengah jam..
Kiraan cpr masih terngiang-ngiang dalam kepala mama smpai sekarang.. disebalik tirai bila dengar Dr sebut 9.10 am.. mama dah faham Afina dah takda .. rebah mama di kaki ayah.. Dr cakap baby tak dapat diselamatkan.
Urusan perjalan terakhir Afina dipermudahkan segalanya.. teman tokwan dan mak tok kat SANA. Takda dah rutin tok mah mai jenguk Afina dalam bilik… bagi mandi-mandi Afina pagi-pagi..
Berat hati nak tanggung. selama ni tengok jadi kat orang lain tapi kali ni jadi kat diri sendiri. Allah bagi ujian yang tak tertanggung rasa hati tapi seikhlas hati mama redha.. mama tau Afina baik-baik saja kat SANA.
Semua bertanya sebab apa? mama takda jawapan, kelu lidah. Ada yang pertikai, ada yang menyoal ada yang nak tau jugak-jugak sebab apa.. bukan mama tak alert pasal Afina. Dua hari berturut mama bawa jumpa Dr. Dr cakap semua ok. Disebalik semua ok tu mama hilang Afina tanpa sebab..
Hati mana tak keruan bila berpaling tengok anak yang jantungnya berhenti berdegup, yang mana jantungnya tiap-tiap hari balik keja terus dengar dan check degup jantung normal ke tak.
23/12/2018
Mama dah niat/nazar untuk kenduri akikah Afina. Semua tetap diteruskan untuk bidadari syurga mama. Majlis Akikah, tahlil & bacaan Yasin. Doakan mama kuat. Mama, ayah, abg adib & abg afi sayang Afina, anak syurga.
Qhaiyra Afina binti Muhammad Shukri
6/12/2018 – 19/12/2018
#100haritanpaAfina
#update terkini lepas Dr. & Nurse KK mai melawat di rumah.. Dr. kata mungkin Afina ada masalah jantung berdasarkan tanda-tanda yang mama bagi tau.. postmort3m memang mama tak tau kalau baby meningga4 wajib buat. Hari tu semua jadi cuma nak dipermudahkan urusan.. Al-Fatihah.
Sumber : Amelia Rasmi via KELAB IBU MENGANDUNG MALAYSIA (KIMM) – OFFICIAL via Siakap keli