Remaja Dipukol Kerana Disangka Mahu Curi Tabung Masjid. Akhirnya Bukti Ditemui Siapa Sebenarnya Bersalah

Posted on

“ Kami sekeluarga berharap pihak berkuasa mengenakan hukuman setimpal ke atas individu itu,” kata Nor Shahidah Mohd Khabol, 28, kakak kepada remaja yang ced3ra dipuk0l di sebuah masjid di Tanjong Karang, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, Adam Sufyan, 17, ced3ra pada dahi akibat dipuk0l seorang lelaki berusia 40-an dengan besi kerana dituduh mencuri wang tabung masjid berkenaan.

Kejadian itu turut tular di media sosial sejak semalam yang rata-ratanya mendapat kecaman netizen.

Noor Shahidah berkata, ketika kejadian adiknya yang baru selesai bekerja di sebuah gerai nasi lemak berdekatan dan mahu menunaikan solat Isyak.

“ Pada waktu itu, kebetulan pagar utama depan dan belakang masjid berkunci. Jadi adik masuk melalui celah pagar yang sudah rosak dan meletakkan motosikal tidak jauh dari situ.

“ Selepas selesai solat dan keluar melalui pagar sama menuju ke motosikalnya, dia ditahan seorang lelaki yang bertanyakan beberapa soalan.

“ Lelaki itu kemudian menuduh adik mencuri wang tabung masjid lalu memukulnya menggunakan besi,” katanya.

Menurutnya, puk0lan itu mengakibatkan adiknya ced3ra dan lelaki berkenaan turut bertindak mengambil kunci motosikal.

“ Adik kemudian bangun dan menolak motosikal ke arah gerai rakannya bersebelahan sebuah sekolah bagi meminta pertolongan.

“ Sewaktu membawa rakannya ke lokasi kejadian, lelaki itu dilihat turut membawa dua rakan lain.

“ Secara kebetulan, kunci motosikal milik adik turut berada di lokasi termasuk besi yang digunakan untuk memukulnya. Adik kemudian mengambil kedua-dua barangan itu dan lelaki berkenaan turut memohon maaf atas tindakannya,” katanya memaklumkan laporan dibuat di Balai Polis Tanjung Karang untuk tindakan lanjut.

Dia berkata, adiknya kemudian dihantar ke Hospital Tanjung Karang (HTK) dan menerima enam jahitan pada dahinya.

Bukti sudah dapat..

” Keluarga kami mahukan keadilan.. Jika dia di dapati mencuri di masjid hukum la dia ikut undang2 sy mohon pihak masjid buat laporan polis bukti kn cctv di sekitar masjid, jika dia di dapati tidak bersalah sy mohon doa semua orang semoga keadilan berpihak pada yg benar..

” Siapa yg salah heret ke muka pengadilan..

” Alhamdulillah.. Dpt kerjasama yg sgt baik dari pihak msjd. Setelah di teliti cctv adk sy tdk mencuri, hanya solat sahaja.

” Voice dari wasap tu bg tau masjid tersebut baru reda dari kecurian tabung msjd dan kebetulan pula waktu adik saya masuk masjid sama dengan waktu kecurian tabung msjd sblm ni.

” Untuk makluman pihak AJK masjid tidak ada kena mengena dengan kes puk0l ni. Semua berlaku di luar masjid.. Jgn salah anggap ye..

” Kes hampir selesai,tinggal tunggu tangkapan. Suspek dah di kenal pasti

” Ramai yg follow kes ni, ada yg suka ada yg x suka.. Sy minta maaf la ye mane yg xsuka tu xyah follow unfren je sy..terima kasih..”

Ini kata-kata PDRM

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab mengesahkan menerima laporan berkenaan mengenai kejadian berkenaan.

“ Siasatan lanjut masih dijalankan dan tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini.

“ Kita menasihatkan orang awam tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan sendiri dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber : hmetro dan siakapkeli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro dan siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.