Pelakon dan usahawan Datuk Noruliman A Rahman atau Boy Iman sekali lagi mencetuskan spekulasi di kalangan ramai dengan kemas kini terbarunya di Instagram.
Apa saja yang dibuat Boy Iman dapat pujian netizen? Ada saja yang tidak kena di mata ramai terutama apabila dia mendedahkan dirinya mendaftar pengajian peringkat Master Eksekutif dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di sebuah kolej.
“Doakan saya habis belajar ya, walaupun saya agak sibuk dengan komitmen sedia ada,” tulisnya.
Kalau sebelum ini Gelaran Doktor di pangkal namanya dipertikaikan, tindakannya kali ini dianggap lebih pelik kerana seolah-olah ‘belajar menggunakan sistem terbalik’.
Bukan itu saja, pangkat Datuk pada kad pelajarnya juga menjadi bahan ketawa di kalangan netizen.
Kredit foto: IG Boy Iman
Ha, jangan terlalu cepat mengecam. Cuba hadam dulu apa yang pengguna Facebook ini jelaskan mengenai program Master Eksekutif.
Kredit foto: FB PW Community
Dah faham? Boy Iman bukanlah mengambil program ijazah sarjana seperti disangka ramai.
Apapun, salut dengan Boy Iman kerana masih mengejar ilmu walaupun dihimpit pelbagai komitmen.
sumber : Forum Cari