Sudah sebulan kontroversi antara pelakon baru Oktovia Manrose dengan Aliff Aziz berlalu, namun masih ramai lagi netizen berterusan mengungkit dan memperkatakan tentang perkara tersebut.
Baru-baru ini, Oktovia memuat naik gambarnya dengan pasangan pengantin Nelydia Senrose dan suami. Menerusi perkongsiannya itu, Oktovia meluahkan rasa gembira Nelydia sudah pun selamat bergelar isteri kepada Hafez.
Nampaknya, gambar yang dikongsikan itu mendapat perhatian netizen. Rata-rata netizen meninggalkan komen sindiran dan tidak kurang juga ada segelintir netizen memberi amaran kepadanya. Malah ada yang meminta agar Nelydia berhati-hati kerana bimbang suaminya pula akan ‘diganggu’.
Meskipun banyak komen-komen negatif, namun ada netizen mengatakan tidak perlu lagi disebut tentang perkara yang lalu kerana setiap orang melakukan kesilapan dan adalah lebih baik jika kita perbetulkan hidup sendiri terlebih dahulu