Baru-baru ini, pelakon cantik Rozita Che Wan berkongsikan pengalaman di awal dia berhijab. Che Ta memberitahu, suaminya Zain Saidin tidak pernah memaksanya untuk bertudung, tetapi keputusan untuk berhijab adalah atas kerelaan hatinya sendiri.
“Zain sendiri tidak pernah suruh pun saya pakai tudung. Cuma selepas balik dari umrah, saya nak keluar pergi makan, dia cakap eh sayang pakai tudung ke? Saya mengiyakan,” katanya.
Dalam pada itu, Che Ta berpendapat segelintir wanita wanita mengenakan tudung kerana mahu menutup aurat namun ada juga berhijab untuk berfesyen. Namun, Che Ta menegaskan tidak kira apa sahaja tujuan atau niat mereka tetapi perlu diingatkan bahawa menutup aurat itu adalah perkara wajib.
“Kita tidak tahu apa niat dia memakai tudung, mungkin ingin berfesyen dan juga nak menutup aurat. Ataupun menutup aurat dalam masa yang sama ingin berfesyen.
“Sebenarnya sesetengah orang apabila dia komen sebab dia tidak memakai tudung kerana merasakan tidak perlu jika tidak ikhlas ataupun ketika itu belum dapat seru. Sama ada ikhlas atau tidak, menutup aurat itu tetap wajib,” katanya lagi.
Che Ta membuat keputusan untuk tampil berhijab pada tahun 2015 sekembalinya daripada mengerjakan ibadah Umrah.
sumber : rotikaya