“Teruja Nak Tengok Video Panas Saya, Kalau Memang Ada Tunjukkanlah” – Ismail Izani

Posted on

Jika sebelum ini kecoh mengenai penyebaran video panas mirip penyanyi, Aiman Tino, kali ini giliran Ismail Izani pula yang terpalit dengan kontroversi hangat apabila ada pihak menyebarkan paparan skrin kononnya penyanyi itu terbabit dalam rakaman video lucah.

Bagaimanapun, Ismail menafikan sekerasnya gosip tersebut dan video yang disebarkan itu bukan miliknya. Jelasnya lagi, dia tidak tahu kenapa dirinya pula menjadi sasaran oleh pihak tidak bertanggugjawab itu.

“Saya pun tak tahu kenapa menjadi sasaran selepas Aiman Tino. Tak tahu nak cakap macam mana. Apabila saya tengok sendiri paparan skrin itu sangat kelakar.

“Saya pun sudah hubungi sendiri pengguna akaun Twitter itu untuk minta video penuh. Sebab apa yang disebarkan itu dalam bentuk paparan skrin dan gambar. Bagi saya ia tak cukup.

“Bukan saja saya, malah orang luar pun teruja nak tengok video itu. Tapi saya yakin, kalau mereka ternampak video itu nanti, insya-Allah mereka tahu ia bukan saya. Yang tak tahu, mungkin akan tetap cakap saya,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Ismail berkata dia tidak merancang untuk mengambil tindakan terhadap pemilik akaun tersebut kerana beranggapan ianya bukanlah isu besar.

Kata Ismail, ini adalah ujian yang perlu ditempuhi sebagai seorang selebriti dan baginya ini hanyalah permulaan serta perlu sentiasa berhati-hati pada masa akan datang.

sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.