Dalam posting terbaru, Janna Nick berkongsikan suara kemerduan seorang wanita bertaranum. Bagaimanapun lain pula yang dilihat netizen, iaitu cara pemakaian selendang Janna yang menampakkan rambut.
Menerusi perkongsian itu, seorang individu menasihati agar seeloknya Janna memakai tudung dengan betul dengan menutup rambut sepenuhnya agar dapat menghormati majlis agama yang ingin dikongsikan.
Tidak lama kemudian, Janna membalas kembali komen terbabit. Tulis Janna, netizen terlalu gemar mencari kesalahan artis biarpun mereka berkongsikan perkara baik seperti yang dilakukannya.
Dalam komen yang sama, Janna sempat menjelaskan tujuan utamanya memuat naik perkongsian itu adalah taranum dan bukan pemakaiannya. Di ruangan komen pula ramai menyokong tindakan individu berkenaan menegur.
Namun tidak kurang juga ramai yang mempertahankan kenyataan selebriti kesayangan mereka. Rasanya lebih manis jika Janna menutup aurat sebetulnya memandang apa yang dikongsikan adalah perkara baik.